SUKAN»Bola
Sabtu, 16 Jun 2018 | 4:28am
REAKSI Ronaldo selepas ledak gol
ketika menentang Sepanyol di Sochi, sebentar tadi. - Foto AFP
Hatrik Ronaldo selamatkan
Portugal
SOCHI, RUSSIA: Cristiano Ronaldo
menjaringkan hatrik dramatik ketika menentang Sepanyol untuk membolehkan
Portugal berkongsi mata selepas terikat 3-3 pada perlawanan pertama kumpulan B, Piala Dunia
yang berlangsung di Sochi, sebentar tadi.
Penyerang Real Madrid ini membuka
tirai jaringan pada minit keempat menerusi sepakan penalti dan meledak gol
kedua di awal babak kedua perlawanan.
Kapten Portugal ini sekai lagi
menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-88, sekaligus
menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 2-3.
Dalam perlawanan yang menjadi
tumpuan itu, Diego Costa memadamkan jaringan awal Ronaldo menerusi gol
penyamaan untuk Sepanyol pada minit ke-24.
Penyerang Altetico Madrid ini
sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi gol kedua pada minit ke-55. Sebelum
itu, Ronaldo menjadikan kedudukan 2-1 apabila melakukan rembatan kencang
menerusi kaki kiri dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gawang
Manchester United De Gea.
Tiga minit kemudian, Nacho
memberikan Sepanyol kelebihan menerusi gol ketiga sekaligus memberi tekanan
kepada juara Piala Eropah untuk bangkit.
Namun, Ronaldo membuktikan dia
adalah pakar sepakan percuma apabila bijak melencongkan bola ke penjuru kiri
gawang Sepanyol untuk menyamakan kedudukan. AFP / Reuters
Sumber- BERITA HARIAN ONLINE Sabtu,
16 Jun 2018 | 4:28am
No comments:
Post a Comment