MyMetroArenaReuters
SARANSK, Russia: Jepun
menundukkan Colombia yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain 2-1 dalam aksi
pembukaan Kumpulan H seterusnya menjadi wakil Asia pertama mengalahkan pasukan
dari Amerika Selatan di kancah Piala Dunia.
Turut mencuri perhatian dalam
perlawanan yang berlangsung di Arena Mordovia ialah pemain tengah Colombia,
Carlos Sanchez diarah keluar padang seawal minit ketiga sekali gus menjadi
pemain kedua terpantas menerima kad merah dalam sejarah kejohanan.
Drama antara Jepun dan Colombia
apabila Sanchez dilayangkan kad merah kerana menampan bola rembatan Shinji
Kagawa menggunakan tangan.
Sanchez bukan saja menjadi pemain
pertama di Russia menerima kad merah dan diperintah keluar padang, malah
menjadi pemain kedua terpantas sejak Jose Alberto Batista dari Uruguay
mengalami perkara yang sama pada minit pertama ketika perlawanan menentang
Scotland di Piala Dunia 1986.
PENYOKONG Jepun meraikan
kemenangan. FOTO/AFP
Kagawa yang beraksi bersama kelab
Jerman, Borussia Dortmund tidak berdepan terganggu dengan tindakan penjaga gol
Colombia, David Ospina yang cuba melengah-lengahkan sepakan penalti apabila
tenang menyempurnakan rembatan untuk meletakkan Jepun di depan pada minit
keenam.
Tersentak dengan jaringan awal itu Colombia
cuba untuk menukar percaturan pada minit ke-31 dengan membawa masuk Wilmar
Barrios menggantikan Juan Cuadrado.
Lapan minit kemudian perubahan
berkenaan berjaya membawa hasil apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan
melalui sepakan percuma Juan Fernando Quintero.
Sekali pun pemain Jepun mendakwa
penjaga gol, Eiji Kawashima menyelamatkan bola di atas garisan gol namun
teknologi video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan jaringan berkenaan.
Jepun ternyata tidak gugup apabila kali kedua
berada di depan kali ini melalui tonggak, Werder Bremen, Yuya Osako yang
menanduk masuk sepakan sudut pemain gantian, Keisuke Honda pada minit ke-73.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Selasa, 19 Jun 2018 @ 10:48 PM
No comments:
Post a Comment