Ad

Thursday 21 June 2018

Uruguay, Russia lega mara ke pusingan kedua


 
AFP
URUGUAY dan tuan rumah, Russia mara ke pusingan kalah mati dengan Cristiano Ronaldo mendahului senarai penjaring terbanyak Piala Dunia, setakat ini.

Jaringan tunggal Luis Suarez cukup untuk membolehkan Uruguay menewaskan Arab Saudi dan mengumpul enam mata bersama Russia, sekaligus menunjukkan jalan keluar kepada Mesir dan Arab Saudi di dalam Kumpulan A.

Pada aksi Kumpulan B malam tadi, Ronaldo meledak jaringan keempat kejohanan untuk membolehkan Portugal menewaskan Maghribi 1-0, sekali gus menutup peluang pasukan dari Afrika utara berkenaan.

Pemain terbaik dunia sebanyak lima kali itu, meledak jaringan menerusi tandukan pada awal perlawanan dan meledak hatrik ketika juara Eropah berkenaan menentang Sepanyol pada perlawanan pembukaan.

Pada satu lagi perlawanan Kumpulan B, Sepanyol bertuah apabila Diego Costa menewaskan Iran 1-0 selepas jaringan Saeid Ezatolahi pada babak kedua di Kazan tidak dibenarkan kerana ofsaid.

Portugal dan Sepanyol kini mengumpul empat mata dan akan bersaing untuk merebut kedudukan teratas dengan masing-masing akan menentang Iran dan Maghribi pada Isnin nanti.

Iran juga masih berpeluang layak selepas meraih tiga mata daripada dua perlawanan awal, tetapi perlu menumbangkan Portugal pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

Dua pasukan teratas Kumpulan B ini akan menentang Russia dan Uruguay dalam pusingan kedua nanti.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 9:12 AM

No comments:

Post a Comment