WARTAWAN SINAR HARIAN | | 31
Disember 2019
Shukor Adan. - Foto:
kualalumpurofficial
PELAKSANAAN pelaksanaan Economic
Control Programme (ECP) bermula pada musim 2020 diharap akan mendorong sikap
lebih bertanggungjawab segelintir pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang sebelum
ini culas pembayaran gaji pemain.
Tonggak Kuala Lumpur, Shukor Adan
berkata, dia menyifatkan ECP bakal menjadi satu ikatan yang kuat kepada pasukan
untuk menyempurnakan komitmen mereka terhadap para pemain.
Menurutnya, beliau juga pada masa
sama mengakui berasa kecewa kerana pemain kerap kali dipersalahkan jika
bersuara dalam isu tunggakan gaji sedangkan perkara itu terjadi kerana
kegagalan pihak pengurusan menguruskan kedudukan kewangan yang baik.
bagus kerana perkara ini akan
hadirkan rasa tanggungjawab persatuan kepada para pemain kerana sebelum-sebelum
ini pemain kerap kali dipersalahkan bila keluarkan
“Apa yang saya dengar pasal ECP
ini memang kenyataan dalam isu ini sedangkan mereka hanya tuntut hak mereka.
“Sedangkan apa yang pemain minta
itu ada terkandung dalam kontrak dan bila janji tidak dilunaskan, pemain kerap
kali dipersalahkan.
“Jadi dengan ECP ini saya harap
boleh bantu banyak pemain bola sepak kerana tiap pasukan kena sediakan bajet
pada awal musim selain perjanjian dengan penaja yang memudahkan perancangan
kewangan tiap pasukan dan ini baik kepada pemain,” katanya.
Tambah Shukor yang dipalit isu
tunggakan gaji dua musim berturut-turut, dia mengakui simpati dengan nasib
pemain-pemain muda yang mahu memulakan karier dalam bola sepak tetapi
terperangkap isu tunggakan gaji bersama majikan masing-masing.
Justeru, dia menyeru kepada
persatuan bola sepak atau kelab supaya bersikap serius bagi mengikuti langkah
pelaksanaan ECP dan bukannya sekadar ‘bagai melepaskan batuk di tangga’.[1]
No comments:
Post a Comment