Simpan Artikel
MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
PEMAIN tengah Pahang, Muhammad
Gopi Rizqi Rama Chandra tidak menduga sama sekali dapat kembali menyarungi
jersi skuad itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Ini kerana bukannya mudah buat
seorang pemain yang pernah mewakili dan meninggalkan skuad Pahang akan kembali
menyertai skuad itu.
Namun, Gopi Rizqi menganggap
rezekinya selepas berkelana selama empat musim termasuk beraksi di Liga Perdana
musim lalu.
"Kesudian dan kepercayaan
diberikan pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) terutama Presiden
(Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah) akan dibalas dengan aksi dan prestasi
konsisten.
"Segalanya diharap menjadi
untuk memastikan Pahang kembali meraih kejuaraaan seperti yang pernah saya
kecapi pada 2013," katanya.
Mengulas sesi latihan bersama
rakan sepasukan, Gopi Rizqi mengakui sesuatu yang asing selepas meninggalkan
skuad Tok Gajah pada 2016.
Justeru, dia perlu lebih bersedia
terutama membentuk persefahaman kerana hanya pernah bermain bersama Matthew
Davies, Nor Azam Azih dan Mohd Faisal Rosli.
"Fokus utama sekarang ialah
meningkatkan kecergasan dan kualiti permainan selepas semusim tidak beraksi
dalam Liga Super.
"Saya percaya sokongan
daripada rakan sepasukan dan peminat Tok Gajah akan meningkatkan motivasi untuk
membantu Pahang menjulang kejuaraan.
"Kejayaan manis mengucup
Piala Malaysia pada 2013 dan 2014 serta Piala FA dan Piala Sumbangsih pada 2014
memberikan kekuatan kepada saya," katanya.
Berdasarkan rekod, Gopi Rizqi
memulakan kerjaya sebagai pemain profesional bersama Pahang selama enam musim
dari 2010 hingga 2015, disusuli Selangor (2016), Johor Darul Ta'zim (JDT)
(2017), Melaka United (2018) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) (2019).
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Rabu, 1 January 2020 @ 2:36 PM
No comments:
Post a Comment