BERNAMA | | 20 Januari 2020
Gambar hiasan. Foto: Bernama
GEORGETOWN - Dua kelas di Pulau
Pinang ditutup selepas beberapa murid dijangkiti influenza.
Ia melibatkan sebuah kelas Tahun
Dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kai Chee di Sungai Dua, Butterworth
yang ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau
Pinang Abdul Rashid Abdul Samad berkata, empat murid di dalam kelas itu
dijangkiti influenza.
Menurutnya, satu lagi melibatkan
kelas prasekolah di Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal, Kepala Batas yang
ditutup Jumaat lepas dan dijangka dibuka pada Khamis ini.
Beliau turut memaklumkan dua
kelas Tahun Dua di SJKC Li Hwa yang ditutup sejak 8 Januari dibuka semula hari
ini.
“Sehingga hari ini seramai 226
murid membabitkan 110 sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang dijangkiti
influenza berbanding 198 kes dari 96 sekolah Jumaat lalu,” katanya kepada
Bernama.
Katanya, seramai tujuh guru
wanita daripada beberapa sekolah turut dijangkiti influenza.[1]
[1] https://www.sinarharian.com.my/article/66740/EDISI/Utara/Influenza-Dua-kelas-ditutup-di-Pulau-Pinang
No comments:
Post a Comment