MyMetroGlobal
AFP
mengarahkan tiada kereta api atau
pesawat berlepas dari Wuhan, susulan penularan wabak koronovirus yang kini
menyebabkan 17 kematian.
Pihak berkuasa di Wuhan juga
menggantung semua perkhidmatan bas dan kereta api bawah tanah.
Selain itu, tiada penduduk yang
dibenarkan keluar dari bandar itu tanpa ‘alasan khusus’
Lebih 570 orang dijangkiti dengan
virus itu di seluruh China dengan kebanyakan kes dikesan di Wuhan.
Virus terbaharu itu menyebabkan
panik apabila ia dikaitkan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).
Wabak SARS antara 2002 dan 2003
menyebabkan 650 kematian di tanah besar China dan Hong Kong
Sementara itu, pemerhatian mendapati
stesen kereta api di Wuhan kini hampir kosong. Hanya ada pekerja dan beberapa
orang beratur untuk menaiki teksi.
Semuanya dilihat memakai penutup
hidung dan mulut.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 23 January 2020 @ 4:34 PM
No comments:
Post a Comment