MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
DIIKTIRAF sebaris dengan pemain
muda ternama dunia menjadi pemangkin kepada tonggak skuad Harimau Malaya,
Safawi Rasid untuk terus mengekalkan momentum meningkatkan prestasi demi kelab
dan negara pada masa depan.
Safawi berkata, pengiktirafan
oleh laman sosial bola sepak antarabangsa itu bukannya medium untuk bermegah
atau sombong, namun sebagai peringatan supaya terus berusaha mencipta lebih
banyak kejayaan.
Dia yang kini mengikuti siri
jelajah pramusim di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersama Johor Darul Ta’zim (JDT)
berkata, tumpuannya ketika ini memastikan tidak hanyut dengan pengiktirafan itu
dan kekal fokus terhadap latihan diberikan.
“Pengiktirafan itu agak mengejutkan
kerana sebaris dengan pemain terkenal daripada kelab ternama dunia.
MBAPPE bersama trofi Piala Dunia
2018. FOTO Agensi
“Namun, saya perlu mengingatkan
diri supaya tidak sombong. Apapun, pengiktirafan itu turut melonjak nama
Malaysia di persada antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, hari
ini.
Dia mengulas penyenaraiannya
sebagai bintang masa depan atau ‘future wonderkid’ oleh laman sosial bola sepak
antarabangsa, Tekkers berdasarkan kriteria dan kebolehan seseorang pemain
terutama ketika beraksi bersama kelab serta pasukan kebangsaan.
Turut disenaraikan, penyerang
Perancis/ PSG, Kylian Mbappe; pemain tengah Belanda/ Barcelona, Frenkie de
Jong; bek kanan England/ Liverpool, Alexander Arnold dan tonggak tengah Amerika
Syarikat/ Chelsea, Christian Pulisic.
Selain itu, pemain Indonesia yang
berkelana di bumi Poland, Egy Maulana Vikri turut tersenarai di dalam carta
terbabit berdasarkan prestasi semasa.
Antara kehebatan Safawi termasuk
membantu JDT muncul juara ‘treble’ Liga Malaysia (Liga M) musim lalu, Pemain
Paling Bernilai dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan selain membantu Malaysia
menduduki tempat kedua Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/
Piala Asia 2023.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Rabu, 29 January 2020 @ 8:11 PM
No comments:
Post a Comment