MUHAMMAD AMMAR MUBASSYIR ABDUL
HADI | | 3 September 2019
Zaid kiri menunjukkan salah satu
makam dalam kawasan semak dengan bahagian atas batu nisan itu telah patah.
BALING - Sekurangnya-kurangnya
tiga lagi makam berusia ratusan tahun dikesan dalam kawasan di kaki Gunung
Pulai berhampiran Sungai Ketil di sini.
Setiausaha Persatuan Pencinta
Alam Baling (PPAB), Mohd Zaid Ab Mokti berkata, terdapat tiga atau lima makam
di kawasan berkenaan.
Menurutnya, kedudukannya lebih
tinggi daripada makam-makam lain serta ia dikelilingi batu yang diletak secara
tersusun.
"Susunan makam itu berada
dalam satu barisan menunjukkan mereka ini meninggal dunia dalam satu
peperangan. Ia juga menunjukkan mereka ini orang-orang yang dihormati.
"Salah satu makam batu
nisannya di bahagian atas telah pun patah," katanya kepada Sinar Harian
semalam.
Mohd Zaid berkata, satu kerugian
kepada negara ini khususnya negeri Kedah jika tiada kajian lanjut terhadap
semua makam di situ.
Beliau berkata, melalui kajian
awal pengkaji sejarah, semua makam di situ dipercayai mempunyai kaitan dengan
Perang Musuh Bisik, Kedah-Siam pada 1821.
Salah satu batu nisan di kaki
Gunung Pulai yang mempunyai ukiran menunjukkan si mati orang istana.
Salah satu batu nisan di kaki
Gunung Pulai yang mempunyai ukiran menunjukkan si mati orang istana.
"Kebanyakan makam yang
terdapat di sini menggunakan batu gunung sebagai penanda kubur. Jumlah
keseluruhan mencecah seratus atau mungkin lebih.
"Hanya ada beberapa makam
menggunakan batu nisan. Salah satu telah disahkan milik keturunan Syahbandar
Pulai. Di batu nisan berkenaan mempunyai ukiran yang menunjukkan si mati adalah
orang istana. Makam seumpama itu ada ditemui di beberapa lokasi lain dalam
negeri ini," katanya.
Untuk rekod sejarah, Institusi
Syahbandar merupakan salah satu jawatan penting dalam sistem pemerintahan dan
pentadbiran Kedah suatu ketika dahulu.
Institusi berkenaan wujud lebih
awal sebelum Kedah dilanggar Siam pada 1821.
Salah seorang Syahbandar
berkhidmat di bawah pimpinan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804-1845)
dan pernah ditangkap oleh kerajaan Siam sebelum dibawa ke sana di Ligor.[1]
[1] https://www.sinarharian.com.my/article/46118/EDISI/Utara/Tiga-makam-di-kaki-Gunung-Pulai-milik-panglima-perang
No comments:
Post a Comment