Ad

Friday, 10 January 2020

Kuda tua 'power'

SUKAN»Bola
Rabu, 8 Januari 2020 | 8:38pm
 
BEKAS Pemain Melaka United, Shukor Adan kini beraksi untuk pasukan Kuala Lumpur. - Foto NSTP
Kuda tua 'power'
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Dua pemain veteran Kuala Lumpur, Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin membuktikan status 'kuda tua' tidak menjadi halangan untuk memastikan 'saham' mereka dalam Liga Malaysia (Liga M) tidak jatuh.

Apa yang menarik, Shukor dan Indra yang masing-masing bakal mencecah usia 41 tahun dan 39 tahun pada September ini memiliki tahap kecergasan yang lebih baik berbanding pemain yang jauh lebih muda.

Perkara itu disahkan sendiri Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa selepas dua pemain itu merekodkan keputusan tertinggi pada ujian kecergasan yang dilakukan di Pusat Perubahan Universiti Malaya (PPUM) baru-baru ini.

"Kita hantar lapan pemain buat ujian kecergasan berdasarkan sains sukan dan keputusan terbaik adalah Shukor. Umur 40, tapi dia terbaik dan bagaimana nak kata umur seperti itu tak boleh main.

"Memang kita sentiasa bercakap mengenai umur dia 40 tahun, tapi persembahan dia lebih baik dari pemain lain. Indra pun sama, jadi takkan kita nak buang Indra.

"Kadang-kadang kita rasa pemain tua lebih baik dari yang muda. Malah, pemain muda pergi (buat ujian kecergasan) pun ada yang tak lepas," katanya.

Shukor menyertai Kuala Lumpur musim ini dari Melaka United, manakala Indra pula sudah bersama The City Boys sejak musim lalu.

Sementara itu, Shukor menjelaskan antara 'petua' yang diamalkan bagi mengekalkan prestasi termasuk menjaga pemakanan dan melakukan latihan tambahan.

"Alhamdulillah saya sebenarnya tak pernah dapat kecederaan serius sepanjang kerjaya. Saya juga menjaga badan terutama dari aspek pemakanan dan minum air yang mencukupi.

"Satu lagi kita tak boleh mudah selesa dengan apa (pencapaian) yang kita dapat, kerana jika kita mudah selesa, kita tak akan merasai nikmat sebenar dalam bola sepak," katanya.[1]



[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/01/645140/kuda-tua-power

No comments:

Post a Comment