MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
PERSATUAN Bolasepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo bimbang kecederaan pangkal paha pemain tengah Melaka United (MU), Safiq Rahim menjejaskan persiapan pasukan terbabit menjelang aksi Liga Malaysia Februari depan.
Menurutnya, ketiadaan Safiq pada aksi persahabatan berdepan UKM FC kelmarin amat dirasai dengan keserasian dilihat masih belum mantap sepenuhnya.
Katanya, dia mengharapkan kecederaan bekas pemain kebangsaan itu pulih segera untk diuji dalam aksi pramusim sebelum aksi liga bermula.
“Apapun, perancangan teliti harus dilakukan seandainya Safiq mengalami kecederaan dalam aksi liga kelak terutama dalam membentuk pemain gantian yang setaraf dengannya.
“Malah saya yakin perencanaan jurulatih mampu memberi jawapan kepada pemain gantian yang baik untuk memperkasa barisan tengah jika sesuatu berlaku kepad Safiq,” katanya.
Bagaimanapun, dia jelas gembira dengan sentuhan pemain tengah termasuk Romel Morales yang kian mantap memberi impak terhadap kekuatan pasukan dalam perlawanan berkenaan.
Sementara itu, kelibat import dari Korea Jang Suk- won juga kian mantap di barisan pertahanan sambil dibantu Curran Singh untuk memperkasa jentera tengah bersama Romales.
Namun, dia melihat keserasian keseluruhan belum memuaskan sambil mengharapkan ianya dapat diperbaiki pada sesi latihan dan perlawanan ujian bertemu Negeri Sembilan selepas ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 January 2020 @ 2:31 PM
No comments:
Post a Comment