SUKAN»Bola
Selasa, 14 Januari 2020 | 11:06pm
PENYERANG veteran negara,
Norshahrul Idlan Talaha. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Mat Yo bakal sertai Pathum United
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Penyerang veteran
negara, Norshahrul Idlan Talaha membuktikan ‘otai masih berbisa’ apabila bakal
beraksi dalam saingan Liga 1 Thailand bersama pasukan Bangkok Glass Pathum
United bagi musim depan.
Perkembangan itu disahkan oleh
ejennya, Abdul Halim Abdul Shukor yang menjangkakan bekas penyerang Pahang itu
akan menandatangani kontrak bersama juara Liga 2 Thailand itu, Jumaat ini.
Ini menyaksikan Norshahrul yang
lebih dikenali sebagai Mat Yo akan menyertai seorang lagi pemain negara yang
turut berkelana ke Thailand pada musim depan iaitu Dominic Tan kini beraksi
bersama Police Tero.
“Saya mendapat tawaran rasmi
daripada salah satu kelab besar di Thailand bagi mendapatkan Norshahrul.
“Mereka sememangnya mencari
pemain ASEAN dan saya cadangkan nama Norshahrul.
“Saya percaya dengan keupayaannya
beraksi di sana. Dia akan membuat pemeriksaan perubatan pada Khamis dan jika
semuanya baik, dia akan menandatangani kontrak pada Jumaat,” katanya.
Bangkok Glass atau turut dikenali
BG Pathum United turut membariskan anak legenda bola sepak Singapura, Fandi
Ahmad iaitu Irfan Ahmad yang beraksi di bahagian pertahanan.
Sebagai rekod, ini kali pertama
Norshahrul akan beraksi di luar negara sejak mula terjun ke kancah bola sepak
tempatan sejak 2003.[1]
No comments:
Post a Comment