MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
TINDAKAN terdesak Emiriah Arab
Bersatu (UAE) mendapatkan khidmat tiga tonggak dari Amerika Latin yang
didaftarkan sebagai pemain naturalisasi perlu diambil serius skuad Harimau
Malaya bagi mengelak malapetaka 2015 berulang.
Malaysia yang akan bertandang ke
gelanggang lawan bagi menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia
2023 pada 26 Mac depan pernah dimalukan tuan rumah dengan kekalahan besar 0-10
lima tahun lalu.
Walaupun sejarah hitam itu sudah
lama berlalu, keghairahan UAE mendapatkan trio naturalisasi itu dilihat bakal
membawa ujian getir kepada pasukan negara yang turut mengidamkan
sekurang-kurangnya satu mata dalam pertemuan itu.
Bekas pemain kebangsaan,
Serbegeth Singh berkata, pengendali negara Tan Cheng Hoe perlu menggunakan
tempoh dua bulan ini dengan sebaik-baiknya bagi merangka strategi terbaik buat
pasukan.
“Saya kira tindakan UAE itu
(ambil pemain naturalisasi) boleh disifatkan sebagai pelan kecemasan kerana
negara mereka juga tidak mempunyai jumlah penduduk yang ramai.
“Kita perlu akui pemilihan tiga
pemain itu sudah tentunya akan memberi kelebihan kepada UAE apabila berdepan
Malaysia kelak.
“Mahu tidak mahu, Malaysia kena
gunakan tempoh persiapan ini bagi mencari formula terbaik menghalang mereka.
Kita tak boleh kalah lagi macam 2015 dan saya pasti Cheng Hoe sedar situasi
itu,” katanya.
Semalam Arena Metro melaporkan
Cheng Hoe mengakui mula merasai bahang pertemuan dengan UAE apabila negara Asia
Barat itu merekrut tiga pemain naturalisasi.
Berdasarkan kedudukan dalam
Kumpulan G, UAE berada di tangga keempat daripada lima pasukan dengan enam
mata, manakala Malaysia di tempat kedua dengan sembilan mata.
Kemenangan ke atas skuad negara
sememangnya amat ditagih skuad The Whites bagi memperbaiki kedudukan mereka
dalam kumpulan itu.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 30 January 2020 @ 6:20 AM
No comments:
Post a Comment