Ad

Friday, 10 January 2020

Kenapa Sumareh kena kata Dollah


Simpan Artikel
MyMetroNode
BERNAMA
Kuantan: Dollah Salleh melahirkan rasa hairan dengan hukuman penggantungan yang dikenakan kepada pemain skuadnya, Mohamadou Sumareh.

Beliau mengakui masih belum dapat memahami dengan jelas sebab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu mengumumkan hukuman penggantungan ke atas pemain dari Gambia itu.

"Apa sebab, punca dan kenapa? Saya tidak faham apa punca dikenakan tindakan pengantungan kepada Sumareh.

"Tengok tayangan video perlawanan, pengadil perlawanan tidak melayangkan kad, tahu-tahu sahaja dia kena (tindakan) sedangkan dia yang kena terjah. Tapi dia pula digantung.

"Saya tak faham tindakan yang diambil kerana dia adalah mangsa, namun dikenakan tindakan," katanya.

Sumareh digantung untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala FA apabila Pahang menentang Negeri Sembilan Ahad ini.

Sumareh dilihat melakukan terjahan ke atas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Afif Fazail pada perlawanan suku akhir Piala FA, Ahad lalu.

Dollah berkata setakat ini beliau difahamkan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) masih belum menerima surat pengesahan mengenai penggantungan itu.

Baljit Singh turut mengumumkan empat pemain Liga Super digantung satu perlawanan dan didenda RM3,000 atas kesalahan melakukan terjahan keras, termasuk Sumareh dan Afiq Fazail.

Dua lagi pemain ialah Mohd Rizal Ghazali (Kedah) dan Mohd Fakhrurazi Musa (T-Team) yang digantung dua perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2017 @ 12:56 PM.[1]


[1]https://www.hmetro.com.my/node/224860

No comments:

Post a Comment