DUNIA»Asia
Ahad, 5 Januari 2020 | 7:32pm
Kane Tanaka menyambut ulang tahun
kelahiran ke-117.
Manusia tertua dunia sambut ulang
tahun ke-117
TOKYO: Manusia tertua dunia, Kane
Tanaka, menyambut ulang tahun kelahiran ke-117 di rumah kebajikan di Fukuoka,
selatan Jepun.
Tanaka meraikan hari kelahirannya
dengan parti hari ini, bersama-sama kakitangan dan rakan di rumah kebajikan
itu, menurut rakaman televisyen penyiar TVQ Kyushu Broadcasting Co.
Tanaka, yang menyambut ulang
tahun itu pada pada 2 Januari lalu, dilihat menggigit sepotong kek hari jadi
beliau.
“Sedap. Saya mahu lagi,” katanya
sambil tersenyum.
Tahun lalu, Tanaka disahkan
sebagai manusia tertua dunia, berusia 116 tahun 66 hari pada 9 Mac, menurut
Guinness World Records.
Rekod usia Tanaka adalah simbolik
ramai warga tua di Jepun, selain kejatuhan kadar kelahiran yang meningkatkan
kebimbangan mengenai kekurangan buruh dan prospek bagi ekonomi masa hadapan.
Jumlah bayi yang dilahirkan di
Jepun menurun pada anggaran 5.9 peratus tahun lalu kepada tidak sampai 900,000
buat kali pertama sejak kerajaan mula mengumpulkan data pada 1899, menurut
Kementerian Kebajikan Jepun.
Tanaka dilahirkan pramatang pada
1903 dan mengahwini Hideo Tanaka pada 1922, menurut Guinness World Records.
Pasangan itu mempunyai empat anak
dan seorang anak angkat. - Reuters[1]
[1] https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/01/644263/manusia-tertua-dunia-sambut-ulang-tahun-ke-117?utm_source=bh&utm_campaign=recsys&utm_medium=recsys
No comments:
Post a Comment