Ad

Tuesday, 28 January 2020

Falsafah Zainal Abidin pacu Melaka United


SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 27 Januari 2020

Zainal Abidin Hassan
Zainal Abidin Hassan. Foto - Musa
TIGA elemen - disiplin, gaya permainan serta percaturan taktikal menjadi falsafah utama pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan musim ini.

Menurut beliau, setiap pemain perlu memahami falsafah pasukan jika mahu melakar kejayaan gemilang dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal membuka tirai secara rasmi 28 Februari ini.

“Falsafah ini secara keseluruhannya perlu dihayati dan menjadi teras utama kepada barisan pemain Melaka United. Dengan memahami falsafah ini sahaja yang akan menentukan hala tuju pasukan.

“Pemahaman mengenai falsafah inilah menjadi perkara utama yang mahu kita bentuk dalam kalangan para pemain. Bermula disiplin, cara bermain, taktikal pasukan, semuanya terkandung dalam falsafah berkenaan yang perlu difahami dan dihayati semua pemain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau gembira melihat peningkatan prestasi anak-anak buahnya menjelang sepak mula Liga-M 2020 apabila Melaka United melakar kemenangan 5-0 ke atas Negeri Sembilan pada aksi persahabatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin.

“Namun, prestasi pasukan masih belum sampai pada tahap yang dikehendaki. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan rentak permainan para pemain.

“Dalam aksi itu, saya tidak menurunkan kesebelasan utama tetapi pemain-pemain yang akan kerap bermain bersama nanti. Pada aksi persahabatan di Indonesia nanti, baru saya tentukan kesebelasan utama,” katanya.[1]


[1] https://www.sinarharian.com.my/article/67556/BERITA/Sukan/Falsafah-Zainal-Abidin-pacu-Melaka-United

No comments:

Post a Comment