DAIRI 2020
SUKAN»Bola
Khamis, 30 Januari 2020 | 10:20am
AKSI perlawanan JDT dengan MSK
Zilina di Stadium Seven, Dubai, semalam. - Foto Facebook JOHOR Southern Tigers
Taring JDT makin tajam
Oleh Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my
JOHOR BAHRU: Siri jelajah
pramusim Johor Darul Ta'zim (JDT) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberi impak
positif buat juara Liga Super enam musim berturut-turut itu apabila mempamerkan
aksi konsisten dalam tiga aksi persahabatan.
Terbaharu, skuad bimbingan
Benjamin Mora melakar kemenangan kedua selepas menewaskan kelab dari Liga
Slovakia, MSK Zilina 2-1 pada aksi persahabatan di Stadium Seven, Dubai,
semalam.
Dua gol dijaringkan Gonzalo
Cabrera pada minit kesembilan dan ke-19 manakala Vahan Bichakhchyan merapatkan
jurang gol namun kedudukan 2-1 memihak skuad Harimau Selatan kekal sehingga
tamat perlawanan.
Terdahulu, JDT melakar kejutan
apabila menewaskan skuad kebangsaan Turkmenistan 2-1 dan sebelum itu menewaskan
kelab Dibba Al-Fujairah 1-0.
ra Liga Super enam musim
berturut-turut itu apabila mempamerkan aksi konsisten dalam tiga aksi
persahabatan.
Terbaharu, skuad bimbingan
Benjamin Mora melakar kemenangan kedua selepas menewaskan kelab dari Liga
Slovakia, MSK Zilina 2-1 pada aksi persahabatan di Stadium Seven, Dubai,
semalam.
Dua gol dijaringkan Gonzalo
Cabrera pada minit kesembilan dan ke-19 manakala Vahan Bichakhchyan merapatkan
jurang gol namun kedudukan 2-1 memihak skuad Harimau Selatan kekal sehingga
tamat perlawanan.
Terdahulu, JDT melakar kejutan
apabila menewaskan skuad kebangsaan Turkmenistan 2-1 dan sebelum itu menewaskan
kelab Dibba Al-Fujairah 1-0.
AKSI perlawanan JDT dengan MSK
Zilina di Stadium Seven, Dubai, semalam. - Foto Facebook JOHOR Southern Tigers
Kemenangan dalam tiga perlawanan
itu bagai memberi gambaran betapa skuad Harimau Selatan tampak bersedia
mengharungi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Liga Malaysia (Liga M) yang
menyingkap tirai bulan depan.
Apa yang menarik, skuad Harimau
Selatan tampak serba lengkap di setiap posisi tatkala kehadiran Liridon
Krasniqi dan kelibat Natxo Insa yang pulih sepenuhnya daripada kecederaan musim
lalu menguatkan lagi barisan tengah.
Di posisi serangan, Diogo Luis
Santo sudah mula membentuk keserasian berbanding musim lalu apabila mempamerkan
aksi terbaik sepanjang tiga perlawanan persahabatan dan kelibat Safawi Rasid
yang disenarai dalam laman sosial berkaitan bola sepak, tekkers antara `future
wonderkid' pasti melonjak semangat pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu.
JDT akan menamatkan siri jelajah
pramusim menentang Emirates FC di Stadium Emirates Club, esok sebelum pulang ke
Johor Bahru bagi menyambung persiapan untuk saingan ACL berdepan Vissel Kobe dari Jepun pada 12 Februari ini
di Stadium Misaki Park, Kobe.
AKSI perlawanan JDT dengan MSK
Zilina di Stadium Seven, Dubai, semalam. - Foto Facebook JOHOR Southern Tigers.[1]
No comments:
Post a Comment