Ad

Tuesday, 17 February 2015

Corak menyerang Kelantan berhasil

Oleh YATIMIN ABDULLAH-sukan@kosmo.com.my

PIYA (dua dari kanan) menjaringkan gol kedua Kelantan pada aksi menentang Lions XII di Kota Bharu malam kelmarin yang berkesudahan pasukan tuan rumah menang 2-0.

STRATEGI menyerang yang dipertaruhkan oleh pengendali Kelantan, George Boateng membuahkan hasil apabila membenam Lions XII 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Menurut Boateng, dia gembira apabila barisan pemain The Red Warriors berjaya mengadaptasikan corak permainan yang diterapkannya pada perlawanan tersebut.
Menurutnya, walaupun taktikal tersebut agak berisiko namun dia menganggap perkara tersebut sebagai cabaran untuk barisan pemainnya pada perlawanan berkenaan.

“Saya tahu mereka (Lions XII) datang ke Kota Bharu dengan harapan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata, tetapi kami memilih untuk bermain secara menyerang dengan mempertaruhkan dua penggempur sambil meletakkan Piya (Mohd. Badri Radzi) di belakang untuk membantu jentera serangan.

“Saya nampak dua pertahanan mereka sedikit tertekan dan kami menggunakan kesempatan itu untuk mendapatkan jaringan awal,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, pemain pertahanan import dari Australia, Jonathan McKain meletakkan The Red Warriors di hadapan seawal minit keenam menerusi tandukan kencang selepas bijak menghidu bola sepakan sudut Mohd. Fitri Omar sebelum Piya menambah gol kedua pada minit ke-42.

Pengendali dari Belanda itu memberitahu, kemenangan tersebut turut dibantu oleh kerja keras barisan pemainnya selain memanfaatkan peluang menerusi ‘set peice’

Katanya, barisan pemainnya berlatih sejak lapan bulan dan hasil tersebut mulai dituai pada perlawanan Sabtu lalu dan kelmarin.

Dalam perkembangan lain, Boateng turut memuji persembahan pemain tengah, Issac Pupo yang mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan tersebut.

“Pupo seorang pemain yang cukup kreatif dan berjaya melakukan hantaran-hantaran tepat sehingga mengelirukan pasukan lawan.

“Saya harap dia akan terus mempamerkan aksi konsisten dalam perlawanan akan datang,” ujarnya.

Kemenangan tersebut membolehkan The Red Warriors menerajui kedudukan Liga Super setakat ini dengan enam mata.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz3RyBmSMzi Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment