MUHAMMAD
DAYNE
AZMIN |
15 Februari 2015 12:26 AM
PENYERANG JDT, Luciano Figueroa
cuba melepaskan diri daripada
PENYERANG JDT, Luciano Figueroa
cuba melepaskan diri daripada asakan dua pemain PDRM, Kughebe Onoriode dan
Mohamad Muslim (bawah) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam
semalam. PDRM menang 1-0. – MINGGUAN/Saharuddin Abdullah
SHAH ALAM - Reputasi hebat
juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) tercalar di Stadium Shah
Alam apabila mereka tumpas 1-0 di tangan PDRM melalui jaringan pemain dari
Gambia, Mohamadou Sumareh pada minit ke-76.
Kemenangan PDRM itu, yang
merupakan juara Liga Perdana musim lalu, jelas memberikan amaran tersendiri
kepada pencabar-pencabar lain bahawa kehadiran skuad kendalian Azman Adnan itu tidak
boleh dipandang sepi pada musim ini.
Selain Sumareh, aksi lincah
yang dipamerkan oleh beberapa lagi pemain import PDRM, Dramane Traore, Kughebe
Onoriode dan Ali Ashfaq membuatkan JDT kelihatan kelam-kabut untuk mengawal
pergerakan mereka.
The Cops, yang tumpas 5-3
kepada Lions XII minggu lalu, memulakan permainan dengan langkah menyakinkan
sebaik sahaja aksi bermula apabila hantaran silang V. Thirumurugan pada minit
ketiga hampir membuahkan hasil tetapi Traore gagal menanduk kemas ke arah
gawang JDT.
Bagaimanapun, Harimau Selatan
membalas serangan dua minit kemudian menerusi Luciano Figueroa yang melepaskan
rembatan sipi dalam situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol The Cops.
Tuan rumah sekali lagi hampir
berada di hadapan pada minit keenam melalui gerakan Ashfaq yang membuat
hantaran silang ke dalam kotak penalti namun bola sekadar melintasi celah kaki
Traore.
Reputasi hebat dimiliki JDT
langsung tidak menggentarkan PDRM apabila terus menguasai permainan cuma
dihampakan ketumpulan jentera serangan, kali ini melalui Mohd. Fauzi Abd. Majid
yang merembat tinggi melepasi palang pada minit ke-35, juga selepas menerima
umpanan Ashfaq.
Pada minit ke-57, penyokong
PDRM gembira seketika kerana menyangkakan sepakan jarak jauh pertahanan dari
Nigeria, Onoriode menerjah gawang JDT, namun pengadil Suhaizi Shukri
membatalkan gol berkenaan kerana mendakwa bola mengenai salah seorang pemain
PDRM yang berada dalam kedudukan ofsaid.
Namun, ketika penyokong JDT
mula menyanyi dan bersorak, PDRM akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-76
menerusi gerakan solo Sumareh.
Selepas memperdayakan tiga
pemain, bola percubaannya dari luar kotak penalti mengenai tiang sebelum
bergolek masuk menewaskan penjaga gol kebangsaan Farizal Marlias.
JDT yang amat memerlukan
jaringan penyamaan memasukkan Safee Sali pada minit ke-81 untuk menggantikan S.
Chanturu tetapi perubahan itu tidak memberi sebarang kesan apabila benteng PDRM
kental mempertahankan kelebihan tipis mereka.
Sementara itu Perak mengekalkan
aksi konsisten apabila meraih kemenangan kedua dalam kempen Liga Super selepas
menewaskan ATM 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban.
Kemenangan Bos Gaurus itu
membolehkan pasukan tersebut berada di puncak liga dengan enam mata dan
menjarakkan kedudukan menerusi kelebihan dua mata daripada pasukan tangga kedua
Felda United.
Pada perlawanan tersebut Perak
yang berkunjung di laman lawan tidak menghadapi masalah untuk beraksi dengan
baik dan mendapatkan gol pertama pada minit ke-20 menerusi Nasir Basharuddin
sebelum menambah gol kedua hasil jaringan Nurridzuan Abu Hassan pada minit
ke-53.
Di Stadium MP Selayang
menyaksikan Felda United beraksi cemerlang untuk meraih tiga mata dengan
membelasah Sime Darby 3-0.
Tiga gol Felda United hadir
menerusi Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-12, Ndumba Makeche minit ke-15 dan
hasil jaringan kapten pasukan Muhammad Shukor Adan minit ke-77.
Kini Felda Unied telah
mengumpul empat mata selepas dua perlawanan liga yang turut menyaksikan
pasukan tersebut meraih keputusan seri 3-3 pada aksi pertama musim ini menentang
Sarawak minggu lepas.
Perlawanan di Stadium Negeri,
Kuching menyaksikan Sarawak berjaya mendapatkan kemenangan pertama dalam kempen
musim ini selepas menewaskan Terengganu 3-1.
Pada perlawanan tersebut
Sarawak tidak menunggu lama untuk mendapatkan jaringan seawal minit keempat
menerusi Billy Mehmet dan menambah jaringan kedua melalui Ashri Chuchu minit
keenam.
Terengganu cuba untuk
merapatkan kedudukan jaringan apabila berjaya mendapatkan gol pada minit ke-14
menerusi Paulo Rangel namun tuan rumah terus menambah derita pasukan pelawat
dengan meledak gol ketiga yang dijaringkan oleh Joseph Kalang Tie minit ke-39.
Sarawak kini berada di tangga
ketiga liga berkongsi empat mata dengan pasukan tangga kedua Felda United.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-masuk-perangkap-polis-1.59555#sthash.bjEeEs0V.dpuf
No comments:
Post a Comment