OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
a)Menyelesaikan masalah isu
berkaitan kewafatan Nabi Muhammad SAW.
b)Menyelesaikan isu pengganti
Nabi Muhammad SAW
c)Menyelesaikan masalah
golongan al-Riddah (nabi palsu, golongan murtad dan golongan enggan
mengeluarkan zakat.)
d)Menangani ancaman musuh luar
khasnya Rom dan Parsi.
e)Memulakan usaha pengumpulan
ayat-ayat al-Quran.
f)Menyusun dan mengemaskini
pentadbiran.
g)Melaksanakan dasar dan
ekspedisi ketenteraan.[1]
1.Khalifah Abu bakar
Nama sebenar Abu Bakar
al-Siddiq ialah Abdullah bin Uthman. Beliau berasal dari Bani Tamim. Beliau
dilahirkan di Kota Mekah pada tahun 572 dan meninggal dunia pada tahun 634/13H.
Kahlifah Abu Bakar mempunyai keperibadian mulia. Beliau tidak minum arak dan
melakukan perbuatan keji seperti pemuda lain pada zamannya.[2]Beliau
merupakan orang kedua yang terawal memeluk Islam selepas Siti Khadijah isteri
Rasulullah SAW. Sekaligus menjadikannya antara sahabat karib Nabi Muhammad SAW.
Sumbangan khalifah Abu Bakar.
a)Menyelesaikan masalah isu berkaitan kewafatan Nabi
Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW tidak
meninggalkan sebarang wasiat atau pesanan mengenai bakal penggantinya atau
khalifahnya. Sebaliknya Baginda menyerahkan kepada kebijaksanaan para
sahabatnya untuk menyelesaikan masalah pemilihan khalifah supaya mereka dan
masyarakat Islam lainnya lebih bebas memilih antara mereka yang lebih layak
untuk mengisi jawatan tersebut. Sekurang-kurangannya terdapat tiga golongan
yang bersaing untuk merebut jawatan khalifah berikutan kewafatan nabi Muhammad
SAW, iaitu puak Bani Hasyim,Muhajirin dan Ansar.[3]
Puak Bani Hashim mengatakan khilafah merupakan
institusi suci yang dianugerahkan Allah kepada
Nabi Ibrahim dan keturunannya dan Ali adalah pewaris yang sah. Puak Muhajirin
pula mendakwa mereka juga layak menjadi khalifah kerana mereka berketurunan
Quraisy dan semuaketurunan Quraisy adalah keturunan Nabi Ibrahim juga. Puak
Ansar juga turut bersaing untuk merebut jawatan khalifah kerana jasa dan
sumbangan mereka yang besar terhadap Nabi Muhammad SAW dan kaum Muhajirin
ketika berhijrah ke Madinah. Pada pendapat mereka jawatan khalifah itu tidak
dihadkan kepada ketutunan tertentu sahaja.[4]
Abu bakar dengan penuh kebijaksanaan
menyelesaikan isu kewafatan Nabi Muhammad SAW yang cuba dinafikan oleh Umar
al-Khattab. Umar mengatakan bahawa sebahagian kaum munafik yang menyangkakan
Rasulullah wafat. Padahal baginda tidak wafat tetapi diangkat ke langit untuk
menemui Allah seperti yang pernah berlaku ke atasNabi Isa.Untuk mengelak
sebarang kekeliruan Abu Bakar berkata sesiapa yang menyembah Muhammad SAW
sesungguhnya Muhammad sudah wafat, tetapi sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya
dia sentiasa hidup. Kemudian Abu Bakar membaca sepotong ayat al-Quran daripada
surah al-Imran: 144 yang bermaksud bahawa Nabi Muhammad SAW hanyalah seorang rasul
seperti rasul-rasul sebelumnya dan mereka semuanya telah wagfat.[5]
b)Menyelesaikan isu pengganti Nabi Muhammad SAW
Selepas kewafatan nabi, beliau
menjadi orang tengah dalam menyelesaikan pertikaian antara golongan Muhajirin
dengan ansar tentang perlantikan khalifah. Masalah ini timbul kerana;
a.Nabi tidak meninggalkan
wasiat sebagai calon pengganti.
b.Terdapat ramai yang bersaing
untuk menjadi pemimpin, terutama dalam kalangan Muhajirin, Ansar dan
penyokong-penyokong kaum keluarga Nabi Muhammad s.aw termasuk Ali bin Abi
Talib.
Terdapat empat orang sahabat Nabi
Muhammad yang dilihat layak memegang jawatan khalifah, iaitu Abu Bakar al-Siddiq,
Umar al-Khattab, Uthman Affan dan Ali Abi Talib. Selepas kewafatan Nabi
Muhammad diumumkan, golongan Ansar telah memilih Saad Ubaidah sebagai pengganti
nabi. Berita ini menyebabkan Abu Bakar dan Umar al-Khattab pergi ke Saqifah
Bani Saidah. Namun perlantikan khalifah belum dibuat kerana kaum Aus tidak
bersetuju dengan cadangan tersebut.
Abu Bakar al-Siddiq mencadangan agar
ketua yang dilantik mestilah daripada golonan Muhajirin. Malah ada yang
mencadangankan supaya dua orang ketua dilantik, tetapi cadangan ini ditolak
oleh Umar al-Khattab. Sebelum mereka membuat keputusan Umar al-Khattab telah
membaiah Abu Bakar al-Siddiq. Tindakan ini kemudiannya diikuti oleh pihak lain
yang terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar. Ali bin Abi Talib turut membaiah
Abu Bakar al-Siddiq. Umat Islam memilih Abu Bakar al-Siddiq kerana jasa dan pengaruhnya pada zaman Islam.[6]
c)Menyelesaikan masalah golongan al-Riddah
Selepas kewafatan Nabi Muhammad
s.a.w dan Khalifah Abu Bakar memerintah muncul golongan murtad, enggan membayar
zakat dan nabi palsu.Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan orang Islam yang
tinggal di luar kawasan Mekah dan Madinah belum dapat memahami dan menghayati
Islam yang sebenar. Setelah Nabi wafat ramai dalam kalangan mereka yang murtad,
enggan membayar zakat dan mengakui nabi-nabi palsu.[7]
Khalifah Abu bakar menyedari kewujudan
golongan ini boleh menjadi anasir yang dapat menghancurkan kerajaan Islam.
Sebagai langkah untuk mengatasi ancaman tersebut, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
telah menghantar para utusan kepada ketua kumpulan-kumpulan tersebut untuk
mengajak mereka kembali kepada Islam. Namun hanya sebilnahan kecil sahaja yang
menerima seruan tersebut seperti Bani Abd Qais di daerah Bahrain.[8]
Memandangkan golongan
tersebut enggan kembali kepada Islam,Khalifah Abu Bakar al-Siddiq terpaksa mengambil tindakan ketenteraan bagi menghadapi kedegilan
golongan tersebut.Sebanyak 11 buah pasukan tentera telah ditubuhkan dan
diketuai oleh panglima Islam yang terkenal,
iaitu Khalid bin al-Walid.Pasukan
tentera Islam ini telah dihantar
oleh Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq ke luar kawasan Hijazbagi
memerangi golongan penentang Islam tersebut. Akhimya, gerakan tentera
tersebut memperoleh kemenangan apabila
berjaya menundukkan dan mengembalikan
golong an al - Riddah ke pangkuaglslam.
Panglima
Islam, iaitu Khalid bin al-Walid
telah berjaya membunuh ketua Bani Tamim, iaitu Malik bin Nuwairah. Pengikut
Malik bin Nuwairah dari Bani Tamim dan Yarbu' dapat dikembalikan kepada
Islam dan membayar zakat seperti biasa. Musaylimah al-Kadhdhab juga berjaya dibunuh oleh beliau.
Ini menyebabkan ramai pengikut nabi palsu tersebut, iaitu daripada Bani Hanifah kembali kepada Islam.
Begitu juga dengan kumpulan yang lain.
Pasukan
tentera Islam yang dibentuk oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq akhirnya
telah memperoleh kejayaan.Kejayaan ini menunjukkan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah berjaya
menghapuskan semua anasir yang
membahayakan kedudukan Islam. Pasukan tentera yang dibentuk oleh beliau ini juga kemudiannya menjadi tulang belakang dalam menjaga keselamatan negara dan umat Islam daripada ancaman musuh.[ix]
d)Menangani ancaman musuh luar
khasnya Rom dan Parsi.
Khalifah
Abu Bakar al-Siddiq juga
bertanggungjawab meluas dan
menyebarkan syiar Islam ke seluruh Semenanjung Tanah Arab. Bagi mencapai tujuan itu, beliau
telah meluaskan pengaruh Islam ke
negara jiran seperti Rom,
Parsi, dan Syria. Tujuannya ialah
untuk menangani ancaman musuh luar khasnya Rom dan Parsi.Rom merupakan sebuah empayar besar yang kuat dan menguasai
negara Mesir di Afrika Utara. Penduduknya
terdiri
daripada pelbagai kaum
dan beragama Kristian. Disebabkan
kezaliman pemerintahannya, keadaan dalam negeri
tidak aman dan rakyat sering memberontak.
Keadaan tersebut memudahkan pertapakan
Islam di Rom. Perkara yang sama turut berlaku di Parsi, iaitu berlaku pemberontakan disebabkan tidak puas hati dengan bentuk pemerintahan. Panglima Khalid al-Walid dan Muthana bin Harith
dengan mudah menakluk Parsi dan Parsi
jatuh kepada pemerintahan Islam Madinah
di bawah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.Philip K. Hitti dalam The History of the
Arabs menyatakan penaklukan ke atas
Parsi merupakan penaklukan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
yang Pertama di luar
Semenanjung Tanah Arab.
Selain penaklukan ke atas Parsi dan Rom, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
melakukan penaklukan ke atas Syria. Penaklukan ke atas Syria
berpunca daripada kekejaman pemerintah Syria terhadap umat Islam
Syria. Setelah wafatnya Nabi Muhammad
s.a.w., Hercules mempengaruhi orang Badwi untuk melancarkan pemberontakan ke atas orang Islam.[x]
Oleh kerana Parsi pernah membunuh utusan Islam, khalifah Abu Bakar telah
menghantar empat pasukan tentera ke Syria.Pasukan pertama dipimpin oleh panglima Ubaidah al-Jarrah,pasukan kedua
dipimpin oleh panglima Amr al-As
ditugaskan untuk menawan Palestin, pasukan ketiga dipimpin oleh panglima
Yazid bin Abu Sufyan ditugaskan
untuk menawan Damsyik, dan pasukan
keempat dipimpin oleh panglima Syurahbil
bin Hasanah ditugaskan untuk
menawan Jordan.
Keempat-empat pasukan
tentera tersebut diketuai oleh panglima agung, Khalid al-Walid. Dengan
tentera berjumlah 9 000 orang,
panglima Khalid al-Walid
melancarkan serangan ke atas Syria. Raja
Syria, Hercules melarikan diri ke Antioch (Antakya) dan Syria dengan mudahnya jatuh kepada
tentera Islam dan membolehkan Islam
berkembang pesat di Syria.[xi]
e)Memulakan usaha pengumpulan ayat-ayat al-Quran.
Pengumpulan al-Quran pada
mulanya telah dicadangkan oleh Umar bin al-Khattab kepada Sayidina Abu Bakar
apabila ramai penghafaz al-Quran terkorban
dalam peperangan bagi memerangi
golongan al-Riddah. Abu Bakar menerima cadangan tersebut setelah yakin dengan
hujah-hujah Umar.
Idea ini dibuat apabila melihat 70 orang
Huffaz telah gugur syahid dalam Perang Yamamah. Oleh itu timbul kesedaran dan
keperluan untuk menghimpun ayat-ayat al-Quran ini. Atas cadangan Umar
al-Khattab kemudian dipersetujui oleh Sayidina Abu Bakar, maka Zaid bin Thabit
telah ditugaskan untuk melaksanakan usaha-usaha pembukuannya.
Selain itu, tujuan al-Quran dibukukan
ekoran banyat ayat al-Quran yang ditulis pada kulit-kulit pokok kurma ,
batu-batu dan kayu sudah banyak yang rosak sehingga perlu
diselamatkan.Pembukuan al-Quran juga dilakukan dengan tujuan dapat dijadikan
pedoman bagi umat Islam sepanjang masa.[xii]
Al-Quran disimpan di rumah Abu
Bakar al-Siddiq.
f)Melaksanakan dasar dan ekspedisi ketenteraan
Sebelum Nabi Muhammad SAW
wafat, baginda telah membentuk pasukan tentera yang diketuai oleh Usamah bin
Zaid ke sempada Syam untuk menyerang Ghassan yang ketika itu berada di bawah
jajahan Byzantine.Tidakan tersebut dilakukan kerana beberapa orang utusan Nabi
Muhammad SAW telah dibunuh.
Selepas kewafatan Nabi Muhamad s.aw
Khalifah Abu Bakar berhasrat menyambung semula usaha baginda. Walau
bagaimanapun cadangan tersebut kurang dipersetujui oleh sesetengah para
sahabat. Mereka mencadangan siupaya
ekspedisi ke sempadan Syam ditangguhkan kerana ancaman al-Riddah lebih
berbahaya dan memerlukan penyelesaian segera. Namun Khalifah abu Bakar tetap
tegas dengan keputusan beliau.[xiii]
Selepas berperang selama 40 hari, pasukan
Usamah bin Zaid memperolehi kemenangan. Kemenangan ini menyedarkan kaum yang
berhasrat menyerang Madinah, tentera Islam adalah kuat dan tidak mudah untuk
dikalahkan.
Setelah pasukan Usamah kembali ke Kota
Madinah, pasukan beliau ditugaskan menjaga keselamatan Kota Madinah. Tindakan
ini dapat menghindarkan Kota Madinah daripada ancaman kaum Zubyan dan
lain-lain. Khalifah Abu Bakar juga telah menghantar misi ketenteraan yang
diketuai oleh Khald al-Walid ke Iraq bagi memerangi Parsi serta ke Syam bagi
memerangi Byzantine yang sering mengancam kerajaan Islam.
g.Menentukan bakal khalifah.
Ketika sakit, Abu Bakar
mengadakan perundingan dengan para sahabat untuk melantik Umar al-Khattab
sebagai Khalifah. Uthman Affan diarahkan oleh khalifah Abu Bakar untuk menulis
keputusan tersebut. Dengan cara ini, Khalifah Abu Bakar telah berjaya
mengukuhkan kedudukan politik Islam.[xiv]
[i]“Institusi
Khalifah”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),17
[ii]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford
Fajar.2014) ,49.
[iii]
Mahayudin Yahya, Tamadun Islam, (Shah Alam: Fajar Bakti, 1998),114.
[iv] Ibid,118.
[v] Ibid,119.
[vi]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014) ,47.
[vii]Ibid,48.
[viii]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,51.
[ix] Ibid.
[x]Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam Penggal
2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 78.
[xi] Ibid,79.
[xii] Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,
(Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 74.
[xiii]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,50.
No comments:
Post a Comment