Ad

Thursday 19 February 2015

SUMBANGAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

SUMBANG
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Nama sebenar Umar ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal. Beliau dilahirkan pada tahun 584M dan meninggal dunia pada tahtn 644M/123H.Khalifah Umar bin al-Khattab telah dicalonkan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dengan persetujuan para sahabat.Pemilihan Umar bin al-Khattab dilalukan kerana ketokohan beliau dalam bidang agama dan politik.
SUMBANGAN
a) Penubuhan  majlis syura
b) Pembahagian  wilayah
c) Dasar pelantikan  gabenor  dan pegawai-pegawai  kerajaan surat pelantikan,  senarai tugas, pengisytiharan  harta  sebelum dan selepas pelantikan.
d) Mengasaskan  birokrasi Islam - menubuhkan jabatan-jabatan kerajaan  seperti Diwan al-Jund dan Diwan al-Kharaj
e) Memperbaharui  undang-undang  pentadbiran tanah
f)Mengemaskini  sistem kewangan dan perbendaharaan (Baitulmal)
g) Sistem gaji
h) Kehakiman
pelantikan  kadi di setiap wilayah
i)  Pendidikan dan keilmuan
j)  Memajukan  bidang ekonomi termasuk bidang pertanian seperti pembinaan empangan  dan terusan
k) Keadilan  sosial
l) Memperkenalkan  takwim Hijrah.[1]

ii.Sumbangan Khalifah Umar al-Khattab
1.Politik dan Pentadbiran
i.Pentadbiran wilayah
Beliau telah membahagikan wilayah Islam kepada beberapa bahagian dan melantik pegawai yang bertugas, iaitu gabenor, setiausaha dan ketua-ketua jabatan.Pegawai yang dilantik akan diperiksa harta dan keperibadiannya untuk mengelakkan berlaku salah guna kuasa.Setiap tahun, pegawai itu akan datang ke Makkah untuk membuat laporan.[2]
Pentadbiran tanah
 Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:tanah sawafi-tanah tidak bertuan yang ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada golongan ahl al-Ayyam, iaitu golongan peneroka (ahl al-fay). Tanah ini tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam.Tanah dhimmah-tanah bertuan yang ditadbir oleh pemiliknya.[3]
Membentuk Majlis Syura
Majlis Syura, iaitu lembaga atau majlis perundangan negara yang  tertinggi telah ditubuhkan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab.Antara tanggungjawab majlis tersebut adalah menentukan polisi negara yang berkaitan dengan hubungan luar dan pemerintahan negara.Majlis Syura juga membincangkan masalah tentang politik, sosial dan keselamatan.Majlis Syura terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Majlis Syura Tertinggi dianggotai oleh Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Thabit, Muadh bin Jabal dan Saad bin Abi Waqqas.[4]
Mengasaskan al-Diwan
Al-Diwan ialah daftar atau buku catatan.Diwujudkan untuk mencatatkan nama-nama tentera dan keluarga mereka serta jumlah sara hidup masing-masing.Bayaran sara hidup dibuat berdasarkan jasa seseorang terhadap Islam, terutama semasa proses peluasan wilayah.
Mengasaskan Takwim Hijrah
Beliau menjadikan tahun Hijrah Rasulullah s.a.w ke Yathrib (Madinah) sebagai tarikh permulaan perkiraan kalendar bagi umat Islam.Pengenalan takwim Hijrah memudahkan catatan peristiwa-peristiwa selepasnya.Takwim ini memudahkan umat Islam mengingati sesuatu peristiwa dan membuat catatan mengenainya.[5]

Sosial
Memperkembang Pelajaran al-Quran
Antara langkah yang diambil untuk mengembangkan pelajaran al- Quran adalah dengan menyediakan guru-guru untuk mengiatkan al-Quran. Guru-guru dihantar ke merata-rata tempat dengan ganjaran gaji yang lumayan.Pada peringkat wilayah, sekolah-sekolah telah ditubuhkan di masjid-masjid untuk mengajarkan pelajaran al-Quran.Golongan yang menghafaz seluruh kandungan al-Quran akan diberi ganjaran. Umat Islam juga diwajibkan menghafaz suruh-surah yang tertentu.[6]
Memperbaharui Taraf dan Kedudukan Golongan Hamba
Dalam hal-hal tertentu, taraf golongan hamba akan disamakan dengan tuannya.Bagi menjaga kepentingan sosial, iaitu taraf dan kedudukan golongan hamba dalam masyarakat, satu perubahan telah diadakan.Hamba tidak boleh ditindas manakala hamba yang mempunyai keluarga dilarang daripada dipisah-pisahkan.[7]

Ekonomi
Penubuhan Baitulmal
 Beliau menubuhkan baitulmal kerajaan.Buku kira-kira juga disediakan kewangan negara.
Sumber-sumber kewangan negara kharaj, al-fay' dan usytr, untuk menguruskan hartauntuk mengetahui jumlah ialah zakat, ghanimah, jizyah.
Memajukan Bidang Pertanian
Khalifah Umar bin al-Khattab berusaha meningkatkan hasil pertanian dengan membina tali air dan terusan. Contohnya, Empangan Abu Musa dan Terusan Amir al-Mukminin di Mesir.Terusan Amirul-Mukminin yangmenhubungi Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambung Sungai Dijlah (Tigris dengan bandar Basrah. Tanah juga telah dikaji selidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu. Rakyat digalakkan untuk membuka tanah-tanah baharu bagi memperbanyakkan hasilpertanian. Manakala tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat aktiviti pertanian di dalamnya.[8]

Beliau juga telah mengubah sistem pungutan cukai. Cukai yang dikenakan adalah berdasarkan kesuburan tanah dan juga jenis tanaman. Manakala, peraturan yang tidak adil dan membebankan petani dimansuhkan.[ix]




[1]“Institusi Khalifah”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),17.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,50.
[3] Ibid.
[iv] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,53.
[4] Ibid.
[5] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,51.
[6] Ibid.
[7]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,80.
[8]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,54.

No comments:

Post a Comment