28 Februari 2015 12:29 AM
Pemain Sarawak, Ryan Griffths
mengasak penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat (kanan) dalam perlawanan
pusingan pertama Piala FA di Stadium Negeri, Kuching semalam. Kelantan menang
2-1. – BERNAMA
KUALA LUMPUR - PDRM memulakan
kempen Piala FA musim 2015 dengan langkah kanan apabila berjaya menundukkan
Sabah 3-0 di Stadium Shah Alam semalam.
Kemenangan tersebut membolehkan
PDRM melangkah ke saingan seterusnya bertemu Sime Darby.
Dalam perlawanan semalam, The
Cops selaku tuan rumah mendominasi babak pertama dengan baik untuk mendapatkan
gol awal permainan menerusi Ashfaq Ali pada minit ke-27 hasil gerakan solo
dalam kotak penalti sebelum penyerang dari Maldives itu membantu Dramane Traore
menjaringkan gol kedua pada minit ke-30.
Penyerang dari Mali, Traore
sekali lagi menambah derita Sabah apabila tandukannya pada minit ke-45 tepat
memasuki gawang lawan untuk gol ketiga PDRM.
Babak kedua menyaksikan Sabah
tidak berupaya beraksi dengan baik biarpun dibantu penyerang berbisa mereka El
Hadji Diouf yang dimasukkan selaku pemain gantian pada minit ke-42.
Sime Darby pula mara ke
pusingan kedua selepas menunjukkan kelas tersendiri apabila membelasah PABPP
5-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Selayang menerusi hatrik Nemanja
Vidakovic dan masing-masing satu gol daripada Dilshod Sharofetdinov serta Marko
Perovic.
Gol saguhati PBAPP diperoleh
menerusi kapten Khairzul Azri Jamal Abd. Hashim.
Selepas beberapa siri kekalahan
dalam Liga Super, Kelantan bangkit dalam kempen Piala FA untuk mencipta
kemenangan 2-1 ke atas Sarawak di Stadium Negeri, Kuching.
Gol Kelantan disumbangkan Erwin
Carillo dan Emmanuel Kenmogne manakala jaringan tunggal tuan rumah diperoleh
menerusi Ryan Griffith.
NS Matrix pula berjaya
menundukkan UiTM 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul
Rahman, Paroi manakala pertemuan di Stadium Inspens, Bangi menyaksikan Kuala
Lumpur menundukkan KL MOF dengan keputusan 3-1.
Aksi di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin menyaksikan Hanelang tewas 0-1 kepada Kedah menerusi jaringan
tunggal Farhan Roslan pada minit ke-35 manakala di Stadium Bandaraya, pertemuan
di antara Sungai Ara FC dan MISC-MIFA berkesudahan 0-1.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pdrm-sime-darby-menang-besar-1.64545#sthash.lwV56riz.dpuf
No comments:
Post a Comment