YATIMIN ABDULLAH | 16
Februari 2015 1:17 AM
Mohd. BADHRI RADZI (tengah)
cuba melepasi dua pemain pertahanan
Mohd. BADHRI RADZI (tengah)
cuba melepasi dua pemain pertahanan Lions XII dalam perlawanan Liga Super di
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam. – UTUSAN/Rosni Masri
KOTA BHARU – Kelantan meneruskan
rentak cemerlang dengan melakar kemenangan kedua berturut-turut apabila menumbangkan
jaguh Singapura, Lions XII 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad
IV, semalam.
Beraksi di depan 25,000
penyokong setia mereka, The Red Warriors mempamer sengat menerusi jaringan
pertama seawal minit keenam menerusi tandukan kencang pertahanan import,
Jonathan McKain.
The Red Warriors terus bernafsu
untuk memburu jaringan menerusi gandingan dua peledak import, Erwin Carrillo
dan Emmanual Kengome namun gagal diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan.
Sebaliknya, Lions XII cuba
bangkit menerusi beberapa gerakan bahaya, tetapi benteng pertahanan tuan rumah
yang dikawal rapi oleh McKain bersama gandinganya Norhafiz Zamani Misbah,
Mohd. Fitri dan Mohd. Noorhazrul Mustafa bijak membaca serangan pelawat.
Tuan rumah kembali mengatur
gerakan dan hasilnya kapten pasukan Mohd. Badhri Radzi meledak jaringan kedua
Kelantan selepas tenang menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti
pelawat sekali gus melepasi jangkauan penjaga gol Lions XII Izwan Mahbud pada
minit ke-42.
Bersambung babak kedua, tuan
rumah kehilangan khidmat Mohd. Badhri yang terpaksa dikeluarkan pada minit
ke-52 akibat kecederaan dan digantikan oleh Wan Zack Haikal Wan Noor.
Minit ke-70, Kelantan
berpeluang menambah jaringan mereka menerusi Wan Zack Haikal, bagaimanapun
sepakan percumanya dari luar kotak penalti terus ke dakapan Izuan.
Lions XII cuba bangkit untuk
mendapatkan jaringan semangat, bagaimanapun hampa dengan ketumpulan penyudah
Mohd. Khairul Amri Mohd. Kamal yang bertindak sebagai penggempur utama.
Keputusan itu kekal sehingga
tamat perlawanan sekaligus membolehkan The Red Warriors terus mencabar
kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/the-i-red-warriors-i-terus-garang-1.60073#sthash.7UuWMZjc.dpuf
No comments:
Post a Comment