Ad

Saturday, 7 February 2015

Amaran awal Lions XII

Amaran awal Lions XII
Amaran awal Lions XII
TIRAI hari pertama saingan Liga Super menyaksikan Lions XII berada di kedudukan teratas apabila mencatatkan kemenangan 5-3, ke atas PDRM, di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.

Biarpun agak longlai di pertengahan perlawanan sehingga membuka ruang jaringan buat pelawat, Lions XII masih berupaya mengumpul tiga mata sulung.

Lions XII berkongsi tiga mata dengan Johor DT, Kelantan, Perak dan Terengganu.

Lapan gol terhasil di Stadium Jalan Besar, termasuk dua gol dihasilkan Lions XII melalui dua pemain tengahnya, Gabriel Quak pada minit ketujuh dan Faris Ramli minit ke-44.

Babak kedua menyaksikan Lions XII meneruskan penguasaan apabila menambah tiga gol.

Gol dihasilkan pada minit ke-47 menerusi pemain tengah Izzdin Shafiq, manakala gol keempat minit ke-55 hasil rembatan Hafiz Sujad sebelum PDRM terus dihukum dengan gol kelima oleh Sahil Suhaimi pada minit ke-66.

Bagaimanapun, PDRM tidak mudah menyerah apabila penyerang importnya, Dramane Traore tampil cemerlang menerusi hatrik pada minit ke-68 (penalti), 79 dan 88.

Pasukan kendalian Azman Adnan itu turut mendapat beberapa peluang jaringan menerusi gerakan lincah pemain tengah importnya, Mohamadou Sumareh pada separuh masa pertama dan kedua.

Lions XII akan bertemu Kelantan pada perlawanan kedua Liga Super di Stadium Sultan Mohammad VI selepas ini.

KEPUTUSAN

Felda United 3-3 Sarawak

ATM 0-2 Kelantan

Perak 2-0 Sime Darby


Terengganu 2-0 Selangor
SUMBER- HARIAN METRO 8.2.15

No comments:

Post a Comment