Tidak
keterlaluan untuk mengatakan dua pasukan Pahang dan Johor Darul Ta’zim (Johor
DT) paling mendapat tumpuan sepanjang minggu ini, baik di dalam mahu pun di
luar padang.
Rentetan
isu peletakan jawatan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai
Penasihat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hujung minggu lalu, ada yang
berpendapat isu berkenaan tidak harus diperbesar-besarkan.
Bekas
pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir menyifatkan FAM tidak rugi apa-apa dengan
tindakan TMJ itu dan mahu badan induk sukan berkenaan memberi tumpuan terhadap
isu lain yang lebih penting.
Mungkin
isu penting yang perlu diperhatikan FAM adalah kegusaran beberapa jurulatih dan
penggiat sukan lain, yang terbaru Robert Alberts terhadap kualiti padang ketika
saingan Liga Super dan Liga Perdana sedang rancak berlangsung.
SAMA
HEBAT
Pahang
dan Johor DT terus menjadi tumpuan apabila kedua-duanya turut beraksi di kancah
Piala AFC minggu ini.
Johor
DT mencipta kejutan apabila membelasah kelab India, East Bengal 4-1 di laman
sendiri dalam saingan Kumpulan F dan lebih membanggakan keempat-empat gol
dijaringkan anak watan iaitu Nazrin Nawi, Safiq Rahim, S Chanturu dan Safee
Sali.
Jaringan
‘lipatan gunting’ Safee bagai menandakan penyerang yang pernah melonjak namanya
satu ketika dahulu kembali menjadi sebutan.
Pahang
pula dipaksa bekerja keras hingga saat akhir apabila jaringan R Gopinathan,
berjaya memastikan mereka menang 3-2 ke atas kelab Myanmar, Yadanarbon di
Stadium Mandalar Thiri, Mandalay.
Aksi
cemerlang itu lantas mengundang pujian Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan
Ahmad Shah yang menyifatkan kedua-dua pasukan itu mengangkat maruah negara.
GADUH
LAGI?
Namun,
belum pun kemenangan itu dibincangkan lebih meluas, timbul pula dakwaan
kononnya Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) berjaya mempengaruhi FAM
untuk menunda perlawanan Piala FA di antara pasukan itu dengan Johor DT ke
Isnin ini dan bukan sehari sebelumnya.
Bendahari
Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Abdul Latif Bandi meluahkan
rasa kecewa apabila pasukan itu yang mendakwa hanya pulang dari tugasan di
Myanmar pada Jumaat malam, tetapi sebaliknya pulang malam sebelumnya.
Begitupun
Setiausaha Agong FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mempertahankan tindakan Pahang.
HOKI
Karier
pemain berpotensi, Faizal Saari hampir terkubur gara-gara kegagalannya
menghadiri latihan ketika skuad hoki negara membuat persediaan untuk menghadapi
pusingan ketiga Liga Hoki Dunia Mei ini.
Nama
Faizal digugurkan pengurus skuad kebangsaan, Datuk Nur Azmi Ahmad daripada
menyertai 21 pemain yang bakal menyertai latihan di Australia, bermula 6 Mac.
Namun,
Faizal kemudiannya meminta maaf atas kesilapannya selepas bertemu pengurusan Konfederasi
Hoki Malaysia (MHC) dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad
Shapawi Ismail, Khamis lalu.
Artikel
ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2015 @ 5:14 AM
FAIZAL
tidak hadir latihan skuad negara.
-
SUMBER http://www.hmetro.com.my/node/33900#sthash.GVhvuNgA.dpuf
No comments:
Post a Comment