Ad

Saturday, 21 February 2015

Aksi Selangor, JDT panas‘

Aksi Selangor, JDT panas‘Penolakan’ Red Giants untuk awalkan permainan hangatkan saingan
FADHILUL IZMEL ISHAK  |  21 Februari 2015 12:33 AM
 KELINCAHAN Andik Vermansah menjadi sandaran Selangor apabila menerima
KELINCAHAN Andik Vermansah menjadi sandaran Selangor apabila menerima kunjungan JDT di Stadium Shah Alam, malam ini.

KUALA LUMPUR - Ada dua sebab mengapa pertembungan Liga Super antara Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam malam ini cukup mencuri tum­puan.
Pertama, kedua-dua pasukan ibarat harimau luka kerana tidak memulakan kempen seperti yang diharapkan.
Kedua, tindakan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ‘menolak’ permohohan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) untuk me­ngawalkan perlawanan menjadikan saingan bertambah panas.

Turun dengan status juara bertahan, JDT ibarat harimau luka yang pasti cuba bangkit selepas dikejutkan 1-0 oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam perlawanan ter­akhir, minggu lalu.
Selepas mengkritik mutu padang di Stadium Shah Alam sejurus tewas kepada PDRM, anak-anak buah Bojak Hodak perlu berdepan Sela­ngor di venue yang sama untuk mencari kemenangan.

Ia tidak mudah buat JDT kerana Red Giants juga ibarat gergasi luka yang berusaha mencari kemena­ngan pertama di tempat sendiri.
Dua perlawanan pembukaan Selangor dalam Liga Super musim ini berlangsung di tempat lawan. Mereka kalah 2-0 kepada Terengganu dalam aksi sulung, sebelum seri 1-1 dengan Pahang di Kuantan.
Selangor dilihat terlalu bergantung kepada pemain sayap Indonesia, Andik Vermansah untuk mencari gol, manakala dua import baharu mereka, Leandro Dos Santos dan Guilherme de Paula masih gagal menyesuaikan diri.
Sementara itu, Hodak menyifatkan pertembungan dengan Sela­ngor tidak mudah dan kelebihan pasti memihak kepada skuad bim­bingan Mehmet Durakovic itu kerana beraksi di laman sendiri.
“Turun menentang Selangor di tempat mereka sendiri bukan perkara mudah, lebih-lebih lagi dengan padang yang kurang memuaskan.
“Setelah bermain menentang PDRM di padang yang sama minggu lalu, kami sudah dapat jangkakan apa yang akan terjadi. Kali ini kami lebih bersedia,” jelas Hodak.
Dalam satu lagi perlawanan tumpuan, Sarawak menerima kunjungan juara Piala Malaysia, Pahang dengan keyakinan yang rendah.
“Walaupun dua keputusan awal memihak kepada kami (seri dan menang) tetapi saya lihat tahap keyakinan pemain belum 100 peratus.
“Saya mahu mereka turun de­ngan keyakinan, sempurnakan peluang serta menggempur habis-habisan,” kata jurulatih Sarawak, Robert Albert.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/aksi-selangor-jdt-panas-1.61759#sthash.tgjkXS1w.dpuf

No comments:

Post a Comment