-Oleh Mohd Firdaus
Hashim firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Masalah
kecederaan tiga tonggak Selangor membabitkan Andik Vermansyah, Mohd Azmi Muslim
dan Norazlan Razali kian merunsingkan ketika skuad Merah Kuning dalam persediaan
terakhir bagi menghadapi cabaran FELDA United dalam saingan Piala FA, Sabtu
ini.
Selepas mengharungi tiga aksi
Liga Super dengan hanya mampu mengutip dua mata tanpa sebarang kemenangan The
Red Giants berhasrat memahat kemenangan pertama musim ini dengan menjadikan
FELDA United sebagai mangsa.
Namun kecederaan tiga pemain
itu sewaktu bertemu Johor Darul Ta’zim (Johor DT) minggu lalu, mengundang
keresahan pengendali Mehmet Durakovic.
“Azmi masih belum pulih
sepenuhnya daripada kecederaan selepas berlanggar dengan Norazlan yang menjadi
punca kepada gol Johor DT tempoh hari. Begitu juga dengan Norazlan dan Andik,
kedua-duanya mengalami kecederaan namun tidak begitu serius.
“Mereka berdua masih menjalani
latihan seperti biasa kecuali Azmi. Saya akan pantau tahap kecederaan mereka
hari ini (semalam) dan esok (hari ini) sebelum memutuskan senarai pemain yang
akan diturunkan nanti.
“Sudah pasti saya tidak mahu
kehilangan mereka kerana khidmat ketiga-tiganya begitu penting. Cuma
persoalannya sama ada mereka bakal bermain atau tidak masih menjadi tanda
tanya.
“Namun, jika khidmat mereka
tidak dapat digunakan saya masih ada pemain muda yang mampu mengisi
kekosongan,” katanya.
Mehmet, 50, menyifatkan
kunjungan pasukannya ke Selayang berdepan pendahulu Liga Super FELDA United
antara ujian cukup getir memandangkan The Fighters kini berada di puncak
prestasi mereka.
“Pasukan mereka cukup
berpengalaman ditambah dengan pemain import yang begitu baik. Bukan mudah untuk
menundukkan mereka, tapi kami juga semakin baik dari satu perlawanan ke satu
perlawanan.
“Keputusan seri 1-1 dengan
Johor DT menunjukkan kami semakin meningkat dan saya yakin jika kami beri 100
peratus dalam aksi itu kemenangan boleh dicapai,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada :
Khamis, 26 Februari 2015 @ 8:16 AM
AZMI (kiri), Andik (gambar
kecil) dan Norazlan (kanan) cedera.
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/33136#sthash.Jq1LwTFK.dpuf
No comments:
Post a Comment