Oleh Ferzalfie Fauzi -ferzalfie@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Polis Diraja
Malaysia (PDRM) mengakui tidak berasa gerun walaupun akan berdepan dengan
pasukan tangga teratas Liga Super 2015, Kelantan Sabtu ini.
Pengurus PDRM Mubin Mokhtar
berkata mereka sentiasa bersedia dan masih menganggap saingan liga setakat ini
baru di peringkat awal selepas masing-masing mengharungi dua perlawanan.
“Mereka (Kelantan) menang dua
perlawanan berturut-turut dan berada di tangga teratas liga, tapi kita akan
cuba terbaik menjelang pertemuan dengan mereka nanti,” katanya semalam.
Selepas dua perlawanan, PDRM
berada di tangga kelapan hasil satu kemenangan mengejut ke atas penyandang
juara, Johor Darul Ta‘zim (Johor DT) Sabtu lalu susulan perlawanan pertama
menyaksikan mereka kalah 3-5 kepada LionsXII.
Ujar Mubin, mereka memang hendak
menang semua perlawanan tetapi berdepan Kelantan mereka rela digelar sebagai
pasukan bukan pilihan.
“Kami datang ke gelanggang
lawan, tentunya yang menjadi pilihan pasukan tuan rumah,” katanya.
Bagaimanapun, selepas dua
perlawanan setakat ini, Mubin berpuas hati dengan kombinasi pemain baik anak
tempatan mahupun import.
“Dramane Traore setakat ini
masih lagi bermain dengan baik. Saya memang berpuas hati dari segi sikap serta
prestasinya.
“Bagaimanapun, semua pemain
sebenarnya begitu konsisten setakat ini selepas mengharungi dua perlawanan,”
katanya.
Traore sekarang ini berada di
tangga teratas untuk penjaring terbanyak keseluruhan dengan kelebihan tiga gol.
Artikel ini disiarkan pada :
Khamis, 19 Februari 2015 @ 5:07 AM
DISYORKAN
- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/31877#sthash.Q9vdBJiR.dpuf
No comments:
Post a Comment