Oleh Siti Nor Hidayatidayu
Razali
sitinor@hmetro.com.my
Machang: “Kami mahu hidup dan
mati bersama kerana saling memerlukan satu sama lain. Kami tidak pernah
berpisah, malah ke mana-mana pun kami berdua dan gerak bersama-sama.
“Saya tak boleh bayangkan jika
salah seorang daripada kami tiada,” kata Hassan Che Ali, 65, yang lumpuh
kedua-dua belah kakinya sejak tujuh tahun lalu selepas terpaksa dipotong akibat
kencing manis kronik.
Isterinya, Noriah Draman, 58,
pula mengalami kecacatan kaki iaitu kaki mengecil akibat penyakit saraf yang
dihidapi sejak kecil dan hanya mampu menginsut.
Untuk bergerak, pasangan orang
kurang upaya (OKU) yang hidup bersama sejak 36 tahun lalu menggunakan kerusi
roda khas yang diubah suai bagi membolehkan kedua-duanya duduk bersama.
Hassan akan duduk di atas
kerusi manakala Noriah akan berdiri di belakang kerusi.
Dapatkan akhbar Harian Metro
untuk berita selanjutnya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Sabtu, 7 Februari 2015 @ 7:35 AM
HASSAN dan Noriah sentiasa
bersama ke mana saja walaupun menggunakan kerusi roda.
No comments:
Post a Comment