MOHD FIRDAUS YON
3 Februari 2015
Safiq (duduk, depan) tekad bawa
nama JDT dan Malaysia di peringkat Asia. Safiq (duduk, depan) tekad bawa nama
JDT dan Malaysia di peringkat Asia.
BAKAL bersaing jadual
perlawanan yang ketat pada tahun ini, barisan kejurulatihan skuad Harimau
Selatan dijangka melakukan banyak perubahan dalam setiap perlawanan, lapor MOHD
FIRDAUS YON.
Selepas berjaya mengharungi
cabaran perlawanan pertama dengan merangkul Piala Sumbangsih 2015, Johor Darul
Ta’zim (JDT) kini beralih fokus untuk beraksi cemerlang dalam playoff Liga
Juara-Juara Asia yang akan bermula tidak lama lagi.
Pada masa sama, tumpuan juga
terarah kepada usaha mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimenangi pada
musim lalu, selain beraksi cemerlang dalam Piala FA dan Piala Malaysia.
Sebagai pemain tengah JDT,
Safiq Rahim mengakui bersedia untuk menjalankan tanggungjawab diberikan
jurulatih seandainya terus diberi peluang untuk mengemudi jentera tengah
pasukan.
Dia turut mengeluarkan nada
positif terhadap rakan sepasukan sekiranya tidak diturunkan oleh pengendali
JDT, Bojan Hodak yang sudah melaungkan kemahuan untuk membuat penggiliran lebih
kerap pada tahun ini.
“Keputusan terletak pada
jurulatih, siapa yang berhak untuk main. Kita sebagai pemain hanya menjalankan
tanggungjawab, tidak kisahlah siapa yang main, kita kena bagi apa jurulatih
mahukan.
“Saya percaya pada rakan dan
diri sendiri bahawa JDT akan buat sesuatu untuk musim baharu,” katanya kepada
media selepas tamat perlawanan JDT dan Pahang bagi merebut Piala Sumbangsih,
baru-baru ini.
Safiq berkata, semua barisan
pemain JDT kini teruja kerana mendapat peluang bertanding dalam playoff Liga
Juara-Juara Asia sekali gus bertekad untuk beraksi sehabis baik dengan membawa
nama JDT dan Malaysia.
“Saya mahukan Liga-M dipandang
(positif) orang luar. Oleh itu, saya dan rakan-rakan mahukan satu pencapaian
yang baik dalam Liga Juara-Juara Asia. Permulaan pertandingan (kelayakan) di
sini, saya tidak mahu kita lepaskan peluang.
“Keputusan yang baik dan positif
perlu diraih bagi perlawanan pertama ini, dan melangkah ke peringkat
seterusnya. Kami akan berlawan habis-habisan,” katanya.
Safiq turut percaya dengan
penggiliran pemain yang dilakukan oleh barisan kejurulatihan tidak akan
menggugat usaha JDT untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam setiap
perlawanan.
“Saya percaya pada rakan-rakan
semua. Barisan pemain bagi tahun 2015 boleh bermain, mungkin hari ini satu
pasukan ini bermain, esok satu pasukan
lain, namun kita akan dapat keputusan baik.
“Tahun 2015 berbeza dengan
tahun 2014, kami sentiasa meningkatkan prestasi. Tahun 2014 sudah menjadi
sejarah, sementara 2015 pula kita membuka lembaran baharu,” katanya.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE
3.2.15
No comments:
Post a Comment