11 Februari 2015 1:21 AM
PENYERANG JDT, Jorge Pereyra
Diaz (kanan) cuba melepasi pemain Bangkok Glass dalam aksi Liga Juara-juara
Asia di Bangkok semalam. – ASIANA
KUALA LUMPUR – Hasrat untuk
menyaksikan wakil negara bersaing dalam Liga Juara-juara Asia (ACL) terkubur
setelah Johor Darul Ta’zim (JDT) tewas 0-3 kepada Bangkok Glass dari Thailand
dalam kelayakan peringkat kedua di Stadium Thanyaburi, Pathum Thani semalam.
Bangkok Glass yang merupakan
juara Piala FA Thailand, membuka jaringan menerusi pemain sayap kanan, Narong
Jansawek pada minit ke-28, sebelum penyerang dari Namibia, Lazarus Kaimbi
menambah dua gol pada minit ke-51 dan 61 bagi menempah pertemuan dengan kelab
China, Beijing Guoan dalam kelayakan ketiga.
Dalam aksi tersebut, JDT yang
menurunkan ramai pemain simpanan seperti Mohd. Daudsu Jamaluddin, Jasazrin
Jamaluddin dan Mohd. Shakir Shaari gagal memberi tentangan sengit, malah nyaris
kalah dengan margin lebih besar sekiranya Darko Tasevski menyempurnakan penalti
pada minit ke-64.
Kekalahan itu bermakna JDT kini
akan bersaing dalam Piala AFC bersama Pahang selaku juara Piala Malaysia,
sekali gus menyebabkan Selangor terkeluar daripada pertandingan di peringkat
Asia.
Undian Piala AFC yang telah
dikeluarkan menyaksikan JDT berada dalam Kumpulan F bersama East Bengal
(India), Kitchee (Hong Kong) dan Balestier Khalsa (Singapura).
Pahang pula dalam Kumpulan G
bersama Global FC (Filipina), South China (Hong Kong) dan Yadanarbon (Myanmar).
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-tersingkir-daripada-acl-1.58262#sthash.KzLYr19B.dpuf
No comments:
Post a Comment