Oleh Bashah Zainol Abidin
Alor Setar: Khyrul Helmi Johari
akan turun menentang T-Team dengan misi serampang dua mata pada saingan Liga
Perdana di Stadium Darulaman, esok.
Misi pertama, menurut ketua
pasukan Helang Merah itu, memburu kemenangan dan kedua, memastikan apa yang
berlaku di Stadium Darulmakmur, Jumaat lalu, tidak berulang.
Kedah yang kini berada di
tangga keempat liga memerlukan tiga mata penuh di gelanggang sendiri bagi
melonjak ke kedudukan lebih baik.
“Selain itu, kami perlu
menjadikan aksi menentang Kuantan FA sebelum ini sebagai pengajaran kerana
walaupun mendahului dua gol, kealpaan menyebabkan kami akhirnya terpaksa seri
2-2 pada perlawanan itu.
“Saya harap apa yang berlaku di
Kuantan tidak berulang di Alor Setar,” katanya.
Menurutnya, ketika ini semangat
juang pemain Kedah juga tinggi dengan kesemua pemain bertekad memastikan tuan
rumah menjadi pemenang aksi menentang The Titans nanti.
Apa yang menggembirakan,
menurut Khyrul, rakan seposisi di bahagian pertahanan, Bang Seung Hwan dan
Muhaammad Farhan Roslan sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
“Saya yakin kehadiran Seung
Hwan dan Farhan mampu memantapkan lagi pasukan bagi memberi tekanan terhadap
T-Team.
“Persefahaman antara barisan
pemain tempatan dan import juga kini bertambah baik.
“Jentera serangan juga tidak
menghadapi banyak masalah kerana sudah menjaringkan tujuh gol dalam dua
perlawanan manakala bahagian tengah perlu meningkatkan permainan untuk
memastikan penguasaan mutlak,” katanya.
Khyrul turut memuji Keith M Nah
yang walaupun baru berusia 20 tahun sudah membuktikan kewibawaan dengan
menjaringkan tiga gol setakat ini.
Katanya, kehadiran semula ketua
jurulatih Tan Cheng Hoe dari China pasti menaikkan semangat mereka untuk
meningkatkan prestasi berbanding dua perlawanan lalu.
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/31880#sthash.yry3qLwA.dpuf
No comments:
Post a Comment