Ad

Wednesday 18 February 2015

Selangor enggan bagi muka

MUHAMMAD DAYNE AZMIN  |  18 Februari 2015 1:45 AM

Kuala Lumpur 26 Oktober  2014-Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri
Kuala Lumpur 26 Oktober  2014-Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri
Datuk Seri Afandi Hamzah
KUALA LUMPUR – Maaf Johor Darul Ta’zim (JDT).
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tidak berhasrat untuk meng­ubah jadual perlawanan ketiga Liga Super yang telah diatur pada Sabtu ini seperti yang diminta oleh Persa­tuan Bolasepak Negeri Johor(PBNJ).
PBNJ sebelum ini meminta perlawanan itu diawalkan sehari untuk membolehkan JDT mendapat rehat secukupnya bagi menghadapi Piala AFC Selasa depan.
Setiausaha Agung FAS, Rosman Mohd. Ibrahim bagaimanapun ber­kata, mereka bukannya sengaja ti­dak mahu melayani permintaan JDT, tetapi terikat dengan beberapa kekangan memandangkan Jumaat ini adalah hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina.
Cuti pada hari tersebut akan menye­babkan kesukaran untuk mendapatkan anggota keselamatan yang mencukupi bagi mengawasi perlawanan, selain mengganggu perancangan jurulatih memandang­kan perlawanan hanya tinggal beberapa hari, membuatkan permohonan JDT sukar dipenuhi.
“Tidak ada perubahan (jadu­al perlawanan), aksi Selangor ber­depan JDT tetap akan berlangsung seperti dijadualkan iaitu pada Sabtu di Stadium Shah Alam dan kami tidak dapat ikut permintaan PBNJ kerana banyak masalah yang akan timbul nanti.
“Perkara ini diputuskan sele­pas mesyuarat khas yang diadakan hari ini (semalam) dan kami di FAS mendapati perkara ini mengganggu perancangan pasukan, selain hari yang dipohon oleh PBNJ jatuh pada cuti umum.
“Jadi, timbul kesukaran untuk mendapatkan jumlah anggota bertugas yang cukup untuk me­ngawal keselamatan kerana ke­banyakan mereka sudah mengambil cuti dan segala perancangan bagi perlawanan pada Sabtu ini telah dirancang rapi.
“Jurulatih (Mehmet Durakovic) juga tidak mahu jadual perlawanan diubah kerana dia tidak mahu pe­rancangan pasukannya terganggu walaupun diawalkan sehari,” kata­nya ketika dihubungi semalam.
Utusan Malaysia semalam me­laporkan, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Seri Afandi Hamzah memberitahu, PBNJ telah mengemukakan permohonan agar perlawanan Selangor dan JDT dipercepat daripada Sabtu kepada Jumaat ini.
Asas kepada rayuan itu disebabkan mereka perlu memberi tumpuan kepada Piala AFC pada 24 Februari (Selasa depan) berdepan kelab India, East Bengal dan mahu mendapatkan rehat yang mencukupi.
Namun, JKPT FAM berkata, mereka tiada kuasa mutlak untuk meminda jadual perlawanan kecuali mendapat persetujuan bersama daripada FAS.
Sementara itu, Afandi ketika dihubungi mengesahkan mereka telah menerima maklum balas daripada FAS yang bermakna tiada sebarang pindaan akan dilakukan dalam perlawanan antara Selangor dan JDT.
“Saya telah mendapat jawapan daripada FAS dalam soal berkenaan dan kami menghormati padangan serta alasan terhadap penolakan Selangor yang tidak mahu perlawanan ini diawalkan.
“JDT juga ada diberitahu dan mereka menerima keputusan tersebut secara profesional walaupun kurang gembira, jadi saya harap tiada lagi sebarang isu mengenai perkara ini,” katanya.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/selangor-enggan-bagi-muka-1.60955#sthash.7R5MP1u0.dpuf

No comments:

Post a Comment