mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kumpulan Zero
yang dianggotai tiga beradik, Mohd Syaiful Doli Sharif (Syaiful), Sharif Kadir
(Sharif) dan Sharid Kunal (Atu) muncul juara program Maharaja Lawak Mega (MLM)
2014 menewaskan empat peserta lain pada peringkat akhir, malam ini.
Program disiarkan secara
langsung menerusi Astro Warna dan Astro Mustika HD dari Stadium Putra Bukit
Jalil, di sini.
Kemenangan itu membolehkan
mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi.
Tempat kedua dimenangi kumpulan
Sepahtu dan membawa pulang RM250,000.
Tempat ketiga menjadi milik
Nabil, membawa pulang RM150,000, manakala tempat keempat dan kelima dimenangi
kumpulan Shiro dan kumpulan Bocey.
Masing-masing menerima RM50,000
dan RM15,000.
Hadiah disampaikan pelawak veteran
Datuk Jamali Shadat manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara.
Barisan juri terdiri daripada
Datuk Jalaludin Hassan, Fazura, Taufik Batisah dan Farah Quinn. Format
pemarkahan adalah 70 peratus daripada juri dan 30 peratus menerusi undian SMS
penonton.
Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 7 Februari 2015 @ 12:42 AM
Tiga beradik dari Sabah, juara
MLM 2014.
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/29138#sthash.GHKbegCK.dpuf
No comments:
Post a Comment