LONDON - Sebutir bom atom milik Amerika Syarikat hampir meletup di Carolina Utara pada tahun 1961, menurut beberapa dokumen sulit yang disiarkan oleh sebuah akhbar Britain kelmarin.
Bom tersebut adalah 260 kali ganda lebih kuat daripada bom atom yang memusnahkan bandar Hiroshima pada tahun 1945.
Akhbar Guardian melaporkan laporan itu yang ditulis lapan tahun lalu, diperoleh wartawan siasatan, Eric Schlosser di bawah Akta Kebebasan Maklumat.
Laporan itu mengandungi bukti bahawa AS hampir ditimpa bencana nuklear pada Januari 1961.
Insiden berkenaan berlaku apabila dua butir bom Mark 39 terjatuh di sebuah padang dekat Faro, Carolina Utara selepas sebuah pesawat pengebom B-52 patah di udara.
Kerajaan AS berulang kali menafikan terdapat kelemahan dalam sistem persenjataan nuklearnya yang boleh mengancam nyawa rakyatnya sendiri.
Namun, dokumen itu menyebut, mekanisme sebutir bom atom berkenaan aktif tetapi peledak nuklear pada kepala bom itu gagal dihidupkan.
Sebutir bom itu boleh mengancam nyawa berjuta-juta penduduk dari Washington hingga ke Baltimore, Philadelphia dan Bandar Raya New York City.
- Reuters
RUJUKAN Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/
No comments:
Post a Comment