Ad

Friday, 6 September 2013

Pestabola platform pilih pemain

  • Pestabola platform pilih pemainKim Swee (kiri) menggalas misi besar mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Myanmar, Disember depan.

JURULATIH skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee berkata, kejohanan Pestabola Merdeka yang bermula hari ini di Kuantan lebih menjurus kepada persiapan pasukannya mempertahankan pingat emas Sukan Sea yang dimenangi di Indonesia pada 2011.

Harimau Muda dalam misi mencipta hatrik emas pada temasya Sukan Sea di Myanmar dari 11 hingga 22 Disember depan.

“Bagi saya, sudah tentu kejohanan ini merupakan antara medan terbaik untuk pemain membuktikan kemampuan mereka untuk terus beraksi dalam kesebelasan utama.

“Sekiranya mereka gagal mempamerkan aksi sebagaimana yang diharapkan, saya tidak teragak-agak menggugurkan mereka kerana kita selaku tuan rumah seharusnya menggunakan kesempatan untuk meraih kejuaraan,” katanya.

Kim Swee, 42, berkata, kejohanan berkenaan turut menjadi platform terbaik untuk beliau mencongak senarai kesebelasan terbaik negara ke Sukan Sea selain mengukur kemampuan lapan pemain ‘luar’ yang dipanggil untuk memperkuatkan skuad muda negara itu.

Mereka ialah Mohammad Nasir Basharuddin (Perak), S.Sivanesan (Negeri Sembilan), Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim (Kelantan), Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu), Putera Nadher Amarhan Maderner (Sarawak), K. Reuben (ATM), Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Selangor PKNS FC) serta pemain yang mewakili kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu, Wan Zack Haikal Wan Nor.

Skuad Harimau Muda A akan membuka kempen kejohanan, hari ini bertemu pasukan negara jiran, Singapura yang dijangka membariskan sebahagian besar pemain Lions XII yang beraksi dalam Liga Super.

Mereka akan meneruskan aksi kedua menentang Myanmar pada 9 September sebelum menutup aksi awal bertemu seteru utama, Thailand dua hari kemudian.

Untuk rekod, skuad senior kebangsaan berjaya memenangi kejohanan ini sebanyak sembilan kali iaitu pada 1958, 1959, 1960, 1968, 1973, 1974, 1976, 1986 dan 1993.
RUJUKAN: SINAR HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment