Ad

Saturday 14 September 2013

Permata Baru


  • FOTO : SAFWAN MANSOR
    14 September 2013
  • Permata BaruAksi spontan Rozaimi selepas menjaringkan gol buat pasukan.
SELESAI sudah aksi peringkat kumpulan Pesta Bola Merdeka 2013 membabitkan Harimau Muda A, Thailand, Myanmar dan Singapura.
Pelbagai aksi dan karenah dipamerkan pemain namun yang menjadi tumpuan dikalangan penyokong setia bola sepak tempatan pastinya Junior Eldstal dan Rozaimi Rahman.

Bijak membaca hantaran bola dikawasan tengah itulah kelebihan dimiliki Junior sambil Rozaimi membuktikan ketajaman gerakan penyudah melalui dua gol ketika membantu Harimau Muda menewaskan Thailand, 3-0.

AKSI TENANG

Pengalaman bersama Harimau Malaya mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa ternyata mendewasakan Junior yang tenang beraksi diposisi kegemarannya ditengah.

Ketinggian serta pantas membaca hantaran lawan senjata utama dimiliki pemain Sarawak ini dan ia memang terbukti dalam aksi menentang Singapura serta Myanmar.

Pantas naik ke atas membantu jentera serangan serta tidak leka diposisi asal, pemain ini seharusnya diberikan lebih ruang untuk terus menyarung jersi kebangsaan.

MAKIN BERBISA

Penjaring terbanyak pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun, Rozaimi Rahman terus mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan.

Lebih mesra dipanggil Amy, anak kelahiran Sabah ini ternyata berbisa dan memanfaatkan sepenuhnya peluang diberikan Ong Kim Swee untuk mempamerkan taring.

Mampu melakukan rembatan ketika membuat larian kehadiran pemain ini bersama Harimau Muda A pastinya memberikan banyak pilihan buat Kim Swee merencanakan strategi bagi memastikan kemenangan buat pasukan.

HARAPAN PEMINAT

Bagi peminat kemunculan dua pemain ini yang dilihat menyerlah selain beberapa pemain lain dalam skuad perlu diteruskan.

Jangan kerana faktor usia ia dianggap halangan untuk bersama pasukan utama kebangsaan kerana hakikatnya Harimau Malaya sememangnya ketandusan penyerang dan pemain tengah yang berpotensi.

Berikan ruang dan tunjuk ajar sepenuhnya, usah terlalu awal membuat penilaian hingga menyebabkan kita kehilangan permata baru yang sewajarnya digilap untuk menjadi pemain terkemuka.

No comments:

Post a Comment