Ad

Saturday, 21 September 2013

Rooney perlekeh City

LONDON - Penyerang Manchester United, Wayne Rooney melancarkan perang psikologi menjelang aksi Liga Perdana England menentang Manchester City di Stadium Etihad malam ini.
Rooney berkata, United lebih berminat untuk memberikan tumpuan kepada pendahulu liga, Liverpool berbanding skuad The Citizens.
Penyerang England itu mendakwa pertembungan antara United dan Liverpool adalah perlawanan paling besar di England berbanding menentang City.
"City telah menikmati kejayaan sebelum ini tetapi saya boleh mengatakan bahawa pertembungan antara United dan Liverpool adalah perlawanan paling besar.
"Kesemua perlawanan besar (menentang City, Chelsea dan Arsenal) tetapi aksi menentang Liverpool adalah sesuatu yang klasik sepanjang tahun.
"Jadi, saya tetap menganggap aksi menentang Liverpool adalah lebih penting," ujar Rooney.
Di sebalik kenyataan itu, Rooney mengakui ramai pihak bakal menyaksikan pertembungan hangat antara dua kelab gergasi Manchester di Stadium Etihad itu.
Begitupun, Rooney menepis dakwaan yang mengatakan keputusan perlawanan itu bakal memberikan impak kepada perebutan liga pada musim ini.
"Ia adalah satu aksi cukup penting buat dua pencabar. Ia tidak akan menentu (juara) musim ini tetapi ia adalah satu perlawanan penting, pertembungan sejiran.
"Pemain-pemain England sangat menyedari apakah perlawanan sejiran selepas sepanjang empat atau lima tahun. Ia adalah satu aksi besar dan saya berharap United berjaya memenangi perlawanan itu.
"Saya telah menjaringkan beberapa gol ketika menentang City dan saya berharap dapat mengulangi kembali sentuhan tersebut," katanya. - Agensi

RUJUKAN: http://www.kosmo.com.my/kosmo/22.9.2013

No comments:

Post a Comment