Ad

Friday 13 September 2013

PM lancar buku, Di Depan Api, Di Belakang Duri.


NAJIB melancarkan buku Di Depan Api, Di Belakang Duri sempena perasmian bangunan baharu ibu pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Zainuddin Maidin.


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan buku sejarah Utusan Melayu berjudul Di Depan Api, Di Belakang Duri karya bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin.
Majlis pelancaran buku setebal 512 muka surat itu disempurnakan selepas perasmian bangunan baharu Ibu Pejabat Utusan Melayu di Jalan Enam melalui Jalan Chan Sow Lin di sini.
Buku terbitan Utusan Publications & Distributors itu memaparkan perit jerih perjuangan syarikat tersebut yang bermula di Singapura dan kemudian berkembang ke Kuala Lumpur sehingga menjadi institusi akhbar berbahasa Melayu yang disegani.


RUJUKAN: http://www.kosmo.com.my/kosmo.14.9.13

No comments:

Post a Comment