Ad

Friday, 13 September 2013

HARIMAU MUDA JANGAN LEKA


Gambar: Strategi pasukan jadi keutamaaan
Sukan, Utusan Malaysia 13/9/2013




Harimau Muda A jangan leka dengan  kejayaan menumpaskan Myanmar 2-1 hasil jaringan Wan Zack Haikal dan kapten pasukan Mohd Irfan Fazail.  KUANTAN - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan pemain Harimau Muda agar tidak leka dengan kemenangan sebelum ini jika mahu menewaskan Myanmar pada perlawanan akhir aksi Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur, esok.
Tengku Abdullah berkata, beliau berkesempatan melihat perlawanan Harimau Muda dengan Thailand, kelmarin dan gembira para pemain menunjukkan mutu permainan yang baik.

"Mudah-mudahan mereka tidak leka dan riak dengan kemenangan itu kerana apa yang lebih penting adalah mewujudkan satu sistem permainan yang lebih baik pada perlawanan akhir nanti.

      Berdasarkan kemampuan  penyerang Harimau Muda A Rozaimi dan A Thamil Arasu Harimau Muda A boleh mengalahkan Myanmar dengan keputusan  3-1 . Malaysia juga mempunyai pemain pertahanan yang baik dan mantap seperti Mohd Fadhli Mohd  Shas, Zubir Azmi, K. Reuben dan Nik Sharul Azim.

No comments:

Post a Comment