Ad

Saturday, 21 September 2013

Harimau Selatan terselamat


PEMAIN Johor DT, Muhd. Akram Mahinan (atas8) diasak penjaga gol PKNS pada aksi Piala Malaysia 2013 di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos malam tadi.


JOHOR Darul Takzim (Johor DT) gagal mengekalkan rentak kemenangan apabila tewas 0-2 kepada pendahulu Kumpulan B, Selangor PKNS pada aksi terakhir kempen Piala Malaysia 2013 di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos malam tadi.
Bagaimana pun, kekalahan itu tidak menjejaskan misi Johor DT untuk melangkah ke peringkat suku akhir selepas muncul naib juara kumpulan setelah mengumpul sembilan mata.
Pada aksi tersebut, Johor DT lebih banyak menguasai saingan pada awal permainan dengan melancarkan serangan bertali-arus ke kubu PKNS.
Pada minit ketujuh, gandingan Safiq Rahim dan Mohd. Farid Ramli hampir menghukum PKNS.
Bagaimanapun, rembatan leret Safiq sedikit tersasar.
Dua minit selepas itu, tuan rumah melancarkan serangan apabila Mohd. Farid Ramli sekali lagi menghantar bola kepada Norshahrul idlan Talaha, namun tandukannya ditepis keluar penjaga gol PKNS, Mohd.Remezey Che Ros.
Peluang keemasan skuad yang mendapat jolokan Harimau Selatan itu kembali muncul pada minit ke-12 menerusi sepakan percuma Mohd. Aidil Zafuan Razak, namun tendangannya terus ke dakapan penjaga gol PKNS.
Gol pertama perlawanan berjaya diperoleh PKNS biarpun tuan rumah banyak menguasai permainan apabila Reeshafiq Alwi bijak menyempurnakan hantaran Roman Chmelo hasil gerakan berbahaya dari luar kotak penalti.
Memasuki minit-minit akhir separuh masa pertama, Johor DT memperoleh peluang terbaik apabila gandingan Nurul Azwan Roya, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd. Akram Mahinan hampir memecah kebuntuan, namun penjaga gol PKNS bijak menafikannya.
Bersambung babak kedua, Johor DT sekali lagi memberikan aksi garang dan pada minit ke-50, rembatan kencang Mohd.Ezrie Shafizie dari luar kawasan penalti sekadar menggegar tiang gol PKNS.
Tidak gentar dengan serangan itu, PKNS turut mempamerkan aksi bahaya dan tendangan Mohd. Lot Abu Hassan ditepis keluar penjaga gol Johor DT, Mohd.Alhafiz Hamzah.
Asakan berterusan Johor DT hampir berjaya menyamakan kedudukan namun tendangan Safiq Rahim tersasar.
PKNS sekali lagi meranapkan DT apabila Roman Chmelo mudah menanduk masuk gol kedua pasukannya pada minit ke 64.
Aksi 20 minit terakhir menyaksikan kedua-dua pasukan banyak melakukan percubaan namun kesemuanya gagal disempurnakan dengan baik.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/22.9.13

No comments:

Post a Comment