Ad

Friday, 6 September 2013

Doa Nazrin iringi perjuangan Harimau Malaya

  • NAZRINNAZRIN
HANYA doa yang mampu diungkapkan Nazrin Nawi bagi mengiringi perjuangan Harimau Malaya menjelang perlawanan persahabatan skuad kebangsaan dengan China di Tianjin, Selasa ini.

Nazrin yang tampil cemerlang bersama Negeri Sembilan musim ini terpaksa menerima hakikat melupakan aksi menentang China gara-gara kecederaan otot pangkal paha ketika menjalani latihan, baru-baru ini.

“Sudah tentu saya kecewa apabila terpaksa diketepikan terutama selepas saya begitu bersemangat untuk bersama-sama skuad negara ke China.

"Apa pun, saya berdoa supaya rakan-rakan dapat melakukan yang terbaik sekali gus mengatasi China,” katanya, semalam.

Nazrin juga meluahkan keyakinan bahawa skuad bimbingan Datuk K Rajagobal mampu mencipta kejutan ke atas skuad Tembok Besar itu sekiranya kesemua pemain yang diturunkan mampu menggalas tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Kelmarin, ketua jurulatih negara, Rajagobal mengumumkan bahawa beliau terpaksa melupakan khidmat Nazrin setelah pemain itu mengalami cedera pangkal paha dan perlu menjalani pemulihan selama 10 hari.

Nazrin merupakan pemain ketiga yang terpaksa dilupakan skuad negara selepas khidmat Khairul Fahmi Che Mat dan Farisham Ismail dari Kelantan, diketepikan ekoran kecederaan.
RUJUKAN:SINAR HARIAN ONLINE 6.9.2013

No comments:

Post a Comment