Ad

Friday 13 September 2013

Ujian getir menanti Sarawak.

  • WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
    14 September 2013
  • Ujian getir menanti Sarawak
JUARA Liga Super, Lions XII dan Kedah perlu mengerahkan sepenuh kudrat yang ada pada baki perlawanan Selasa ini jika mahu terus bersaing dalam kejohanan bolasepak tertua di negara ini.

Lions XII yang berada di tangga ketiga dengan empat mata dan Kedah pula di tangga tercorot dengan tiga mata perlu bangkit memberi saingan kepada Sarawak serta Perak yang kini hanya selangkah kaki sahaja untuk mara ke peringkat suku akhir.

BELUM PUDAR

Bujang Senang muncul pendahulu kumpulan berkongsi mata dengan Perak dengan tujuh mata namun dibezakan jumlah jaringan gol selepas empat perlawanan.

Berbaki dua perlawanan lagi, pengendali Singa Kota, V Sundramoorthy dan Kenari, Datuk Ahmad Shafie pasti memasang sasaran wajib menang biarpun sedar harapan tersebut tipis selain mereka perlu berentap sesama sendiri pada aksi akhir kumpulan di Stadium Darul Aman pada 21 September.

Namun anak didik Roberts Albert dan Mohd Azraai Khoi Abdullah tidak boleh selesa dengan kedudukan semasa kerana saingan peringkat kumpulan sering menjanjikan kejutan.

GALAS HARAPAN

Singa Kota terdesak dengan gelaran juara Liga Super disandang manakala Kenari mengalas harapan puluhan ribu penyokong Kedah yang mengharapkan mereka mampu meraih sekurang-kurangnya satu piala musim ini selepas pasukan kesayangan mereka ketandusan gelaran juara sejak 2009 lagi.

Bolos empat gol di Kuching pada perlawanan keempat lalu perlu dipandang serius Ahmad jika mereka tidak mahu insiden sedemikian berlaku apabila berkunjung ke Ipoh untuk menghadapi Perak, Selasa nanti.

CABARAN BARU

Bagi pemain Seladang pula, kekalahan kontroversi 2-1 kepada Lions XII perlu segera dilupakan dan bangkit mencari ubat kedukaan dan ia akan pulih apabila tiga mata berjaya dikutip untuk mengesahkan satu slot suku akhir milik mereka.

Sarawak pula tidak boleh rasa selesa dengan kedudukan mereka sekarang biarpun jentera serangan mereka dilihat paling mantap setakat ini memandangkan perlu beraksi di atas padang tiruan di Stadium Jalan Besar yang menyaksikan hampir semua pasukan gergasi dari Malaysia rebah selain membawa tuah kepada Lions XII sepanjang musim ini.
Rujukan Sinar Harian online 14.9.13

No comments:

Post a Comment