Ad

Friday, 6 September 2013

Berjimat untuk beli Jalur Gemilang

  • Berjimat untuk beli Jalur GemilangNaufal Haziz bangga mengayuh basikal yang dihiasi Jalur Gemilang mengelilingi bandar Tumpat.
TUMPAT - Berjiwa patriotik. Itulah gambaran yang boleh diberikan buat seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tumpat 1, Naufal Haziz Johar, 10.

Naufal Azil sanggup berjimat cermat duit saku semata-mata mahu membeli Jalur Gemilang untuk dihiaskan pada basikalnya sempena kemerdekaan negara.

Selama tiga minggu, Naufal Haziz mengumpul wang untuk membeli Jalur Gemilang tersebut, asalkan basikalnya yang digunakan untuk berulang-alik ke sekolah dihias cantik.

Menurutnya, dia menghabiskan wang berjumlah RM25 bagi tujuan tersebut.

“Kebetulan di sekolah saya ada perarakan merdeka, jadi saya bersemangat untuk menyertainya dan sanggup menghabiskan wang saku yang diberikan ibu semata-mata membeli Jalur Gemilang.

“Untuk mencapai impian ini,  saya terpaksa berjimat cermat selama tiga minggu,” katanya yang tinggal di bandar Tumpat.

Walaupun hari kemerdekaan negara telah berlalu, namun Naufal Haziz masih tidak menanggalkan Jalur Gemilang yang dilekatkan pada hampir seluruh badan basikalnya.

Baginya, dia bangga mengayuh basikal yang dihias cantik dengan Jalur Gemilang dan tidak pernah rasa segan walaupun kadang kala ada pengguna jalan raya memandangnya ketika mengelilingi bandar Tumpat.

No comments:

Post a Comment