Ad

Saturday, 21 September 2013

PKNS tumpuan Harimau Selatan


AYAM TAMBATAN... Norshahrul Idlan Talaha (kiri) dijangka mengetuai jentera serangan Johor DT ketika menentang PKNS di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.


PASUKAN berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) enggan mencongak lawan di pentas suku akhir Piala Malaysia.
Ini kerana, Harimau Selatan lebih gemar menumpukan perhatian 100 peratus ketika melayan kunjungan pendahulu Kumpulan B, Selangor PKNS di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.
Kapten Johor DT, Farid Ramli berkata, meskipun kedua-dua pasukan hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke pusingan seterusnya, dia percaya perlawanan itu pastinya sengit dan mendebarkan bagi menentuk an pasukan mana yang lebih layak menjuarai kumpulan.
“Ia bukan tugas yang mudah memandangkan kami memerlukan kemenangan dengan jumlah jaringan yang banyak untuk memintas kedudukan PKNS selaku pendahulu kumpulan sementara mereka pula hanya memerlukan keputusan seri (untuk muncul juara kumpulan).
“Namun, tiga mata berharga yang diperoleh di depan penyokong sendiri adalah sesuatu yang tidak ternilai, jadi kami akan berjuang untuk memburu kemenangan (malam ini),” katanya kepada Kosmo! kelmarin.
Ketika ini, skuad kendalian Azmi Mohamed mengutip sembilan mata, tiga mata di belakang PKNS yang telah mengesahkan slot suku akhir sementara T-Team (enam) mengekori rapat di tangga ketiga.
Dalam aksi pertama pada 20 Ogos lalu, Johor DT tewas 0-2 kepada skuad The Red Ant di Stadium Shah Alam.
Farid juga enggan rakan-rakan sepasukannya mencongak lawan di suku akhir kelak memandangkan saingan masih terbuka dalam Kumpulan C antara juara bertahan, Kelantan; Pahang dan juga Negeri Sembilan.
“Kekuatan Kelantan dan Pahang dilihat agak seimbang, justeru soal siapa lawan kami di suku akhir nanti sepatutnya tidak timbul.
“Kami perlu sentiasa bersedia berdepan mana-mana pasukan dalam usaha mara ke pentas final.
“Jadi, ada baiknya kami kekal fokus memburu slot ke suku akhir terlebih dahulu bagi mengelak dipintas T-Team pada saat-saat akhir,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo. Rujukan kosmo online 21.9.13

No comments:

Post a Comment