- 16 September 2013
- Kejayaan menjulang Piala Pestabola Merdeka 2013 dilihat satu persediaan positif menghadapi Sukan Sea di Myanmar Disember nanti.
PENGENDALI Harimau Muda A, Ong Kim Swee melihat semua pemain yang diturunkan beraksi telah menjalankan tugas mengikut perancangan selain semangat berpasukan yang tinggi.
Ujarnya, posisi pertahanan, tengah dan serangan begitu fokus dengan tanggungjawab selain mempunyai keyakinan tinggi bermula dari awal permainan.
“Selain itu, pemain berjaya mengikut semua arahan dan membuktikan kesungguhan mereka dan akhirnya mendapat dua gol dengan baik.
“Lagipun tak guna kalau kita ke berjaya ke peringkat akhir tanpa kemenangan. Ini juga satu permulaan baik sebelum hadir ke temasya Sukan Sea di Myanmar nanti,” katanya.
Menurutnya, kejayaan itu cukup manis serta hadiah sempena sambutan Hari Malaysia yang disambut hari ini dan menolak persepsi negatif yang menyatakan kejohanan itu tidak segah kejohanan lain.
“Saya tak kisah apa orang kata, walaupun ada pasukan tak hantar pasukan utama, namun mereka memberikan tentangan sehabis mungkin,” katanya.
Pada masa sama, Kim Swee mengakui skuad itu berdepan kesukaran 15 minit permainan bermula dan hanya dapat menyelesaikannya pada separuh babak kedua.
Ditanya aksi Pemain Terbaik Perlawanan, Wan Zack Haikal Wan Nor dan penjaring terakhir perlawanan, Junior Eldstal, Kim Swee mengakui keduanya bermain bersungguh-sungguh dan menunjukkan sikap perjuangan yang positif.
“Dan dua penyerang kita, Rozaimi Abd Rahman dan Thamil Arasu, kena jaga disiplin dan menolong antara satu sama lain.
“Penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi, membuktikan kemampuan dia boleh menjadi penjaga gol nombor satu negara pada masa depan,” katanya.
Sementara itu, Harimau Muda A bakal menyertai Piala Menpora di Bandung bermula 18 September ini.
“Ini satu peluang baik kepada pemain yang tak dapat turun beraksi selain pendedahan berguna kepada mereka,” katanya.
Bagi jurulatih Myanmar, Park Sung Hwa mereka mengakui tuan rumah bermain dengan lebih baik daripada skuad kendaliannya.

“Malaysia adalah pasukan yang baik, terancang, laju dan siapa yang pandai menggunakan peluang boleh memenanginya.
“Selain itu, semangat berpasukan dan taktikal Malaysia lebih baik daripada kami,” katanya.
Menurutnya, selepas ini, beliau akan memperbaiki kelemahan skuad itu khususnya penyudah dan kesefahaman antara pemain yang dilihat sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan Sea pada Disember depan.

No comments:
Post a Comment