Ad

Saturday, 14 September 2013

Nicol berdepan Raneem di final

Oleh SHANIKA ABDULLATIB

NICOL (depan) akan berdepan Raneem pada final kategori wanita pada Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia-CIMB 2013 di The Curve, Damansara hari ini.


PENTAS final Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia-CIMB 2013 sekali lagi menemukan juara bertahan dari Mesir, Raneem El Weleily dan pemain wanita No. 1 dunia, Datuk Nicol David.
Di gelanggang kaca yang sama iaitu di The Curve, pertembungan antara dua pemain tersebut dijangka berlangsung dalam suasana sengit seperti edisi 2012 lalu di mana kedua-duanya memiliki kekuatan tersendiri.
“Saya percaya aksi akhir nanti akan menarik. Secara jujur, saya tidak begitu tertekan menghadapinya kerana tekanan itu sebenarnya lebih kepada Raneem kerana dia perlu bekerja keras mempertahankan gelaran juara.
“Bagaimanapun, saya akan bermain dengan baik dan berusaha membawa kembali kemenangan tersebut ke Malaysia. Paling utama, saya perlu mendapat rehat secukupnya,” ujar Nicol.
Aksi separuh akhir semalam menyaksikan Nicol menafikan kemaraan pemain Perancis, Camille Serme dengan kemenangan 12-10, 11-7, 11-6 yang berlangsung dalam tempoh 42 minit.
“Saingan yang sangat menarik dan saya benar-benar menikmati perlawanan tadi (semalam). Dia seorang pemain yang pantas, jadi saya perlu berdepan dengan corak permainan rali yang panjang.
“Selepas set pertama, saya mula membawanya masuk ke dalam permainan saya dan segalanya berjalan seperti yang saya rancangkan.
“Biarpun menang, saya perlu akui saingan sangat sengit dan itu adalah sesuatu yang anda perlu jangkakan. Ini adalah pusingan separuh akhir. Sudah tentu Serme bermain pada tahap terbaiknya.
“Dia pemain yang bagus dan kali terakhir saya bertemunya ialah di Kejohanan Dunia di Cali, Colombia di mana dia mempamerkan permainan yang cukup menarik," kata juara tujuh kali itu.
Sementara juara bertahan, Raneem nekad memberi segala yang terbaik untuk memastikan kemenangan sekali lagi menjadi miliknya.
“Sudah tentu saya amat gembira kerana sekali lagi berada di pentas final tetapi sebelum itu, saya perlu melakukan banyak perkara untuk menghadapi perlawanan esok (hari ini).
“Saya perlu mengembalikan tahap kecergasan saya,” katanya.
RUJUKAN: http://www.kosmo.com.my/kosmo.15.9.2013

No comments:

Post a Comment