Ad

Friday 8 January 2021

Baddrol ikon kempen norma baharu

 SUKAN



BADDROL menunjukkan cara membersihkan tangan pada Majlis Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Kedah dan Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Alor Setar Kedah semalam.

Baddrol ikon kempen norma baharu

Oleh SOPI SAMAILE

8 Januari 2021, 10:15 am

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

KAPTEN Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Baddrol Bakhtiar dipilih sebagai Ikon Kempen Pembudayaan Norma Baharu sempena Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu Peringkat Kedah di Alor Setar semalam.

Perasmian kempen tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor di Dataran Wisma Darul Aman.

Baddrol, 32, yang memiliki karakter influencer dipilih dalam kempen itu bagi memastikan pematuhan norma baharu dalam kalangan orang ramai ketika berdepan pandemik Covid-19.

Baddrol berkata, beliau berharap menjadi ikon seluruh rakyat Kedah mahupun Malaysia dalam mengalakkan masyarakat mematuhi saranan kerajaan termasuk berkaitan prosedur operasi standard (SOP).

Saya harap semua kekalkan SOP apabila berada di luar kawasan dan tunjukkan sikap positif untuk kita putuskan rantaian Covid-19 ini,” katanya yang telah menerima Anugerah Pemain Terbaik Sedekad 2011-2020 baru-baru ini.

Menyentuh tentang persiapan pasukan KDA FC, Baddrol mempercayai gandingan baharu dan lama dalam pasukan tersebut mampu memperkukuhkan prestasi pasukan bagi mengharungi musim akan datang.

Dalam tempoh 10 hari berlatih, kami masih mencari keserasian. Insya-Allah, kami tetap bagi yang terbaik untuk saingan 2021.

Kita harap sesuatu yang positif dan kami akan berusaha memberi saingan terbaik. Muka baharu, muka lama yang kembali bersama Kedah diharapkan memberikan sesuatu yang cemerlang untuk Hijau Kuning,” katanya.SUMBER-KOSMO ONLINE

No comments:

Post a Comment