Ad

Monday 4 January 2021

Baddrol menang Anugerah Pemain Terbaik Sedekad Kedah

Oleh Izzali Ismail - Januari 4, 2021 @ 5:21pm

sukanbh@bh.com.my



Baddrol Bakhtiar jadi pilihan peminat Kedah. - Foto ihsan FB KFA

ALOR SETAR: Baddrol Bakhtiar membuktikan beliau adalah legenda terunggul skuad Lang Merah apabila dipilih sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Sedekad Kedah antara 2011 hingga 2020.

Anugerah berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan mendapat tajaan Lotto My dengan proses pemilihan dilakukan secara dalam talian selama dua hari bermula 29 Disember lalu.

Hasil keputusan undian daripada lebih 3,000 peminat menyaksikan Baddrol yang terkenal dengan panggilan BB7 dan melakukan 355 penampilan bersama Kedah dengan 116 gol, meraih sokongan sebanyak 76.6 peratus.

Jumlah undian yang diterimanya jelas jauh meninggalkan pesaingnya yang lain. Pemain lain seperti seperti Liridon Krasniqi hanya mendapat tujuh peratus, Khairul Helmi Johari (3.6 peratus), Khyril Muhymeen Zambri (3.9 peratus) dan Ken Ilso (3.5 peratus).

Pemain lain termasuk Sandro Da Silva sebanyak 2.5 peratus, Bang Seung Hwan dan Chidi Edeh (0.9 peratus), Safi Abdel Fatah (0.8 peratus) dan Billy Mehmet (0.3 peratus).

"Tahniah BB7, anda seorang legenda pasukan Kedah. Hanya satu kelab dalam karier beliau dan bermain merentasi dua dekad melalui penglibatannya dalam bolasepak," kata kenyataan yang dikeluarkan Media KFA.

KFA turut merakamkan penghargaan kepada semua penyokong bola sepak skuad Hijau Kuning untuk mencalonkan Pemain Terbaik pilihan penyokong dari 2011-2020.

Katanya, sepanjang 10 tahun lalu, Kedah meraih banyak kejuaraan seperti Liga Perdana pada 2015, Piala Malaysia 2016, Piala Sumbangsih dan Piala FA 2017 serta Piala FA 2019 selain naib juara Liga Super 2020 dan layak ke Piala AFC musim 2021.SUMBER-BH ONLINE

No comments:

Post a Comment