MyMetroGlobal
Agensi
Bangkok: Yang dipancing ikan, yang tersangkut ambar. Begitu nasib seorang pemancing di Songkhla yang mendapat durian runtuh apabila ambar seberat tujuh kilogram tersangkut pada pancingnya.
Chalermchai Mahapan hanya memancing ikan laut di Pantai Samila, minggu lalu namun tidak menyangka mendapat sesuatu yang boleh menjadikannya seorang jutawan segera.
Ambar atau muntah ikan paus yang diperolehnya itu dianggarkan bernilai antara RM950,000 hingga RM1.1 juta.
Ia adalah bahan berlilin yang terdapat dalam usus sesetengah ikan paus sperma.
Apabila dikeringkan, ia akan menghasilkan bau yang kuat dan digunakan dalam minyak wangi yang mahal.
Selain itu, ia mempunyai nilai yang tinggi di pasaran kerana baunya yang tahan lebih lama.
Pada awalnya, Mahapan menyangka kailnya tersangkut batu namun bila dilihat secara dekat, dia menyedari ia adalah sesuatu yang berharga.
"Saya memang tidak tahu apa-apa dan bertanya kepada orang lama di sini dan mereka memaklumkan kepada saya itu adalah muntah ikan," katanya.
Gumpalan ambar itu kemudiannya dihantar ke makmal dan disahkan sebagai muntah ikan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 6:30 AM
No comments:
Post a Comment